“MACAM mana boleh jadi semua ni? Kenapa kau tak beritahu aku langsung. Fiqa pun tahu fasal ni kan? Kenapa tak beritahu Win?” sembur Darwin ketika mereka tiba di Taman Tasik Shah Alam petang itu.
“Win, kau janganlah marah Fiqa, dia tak tahu apa-apapun. Aku sendiri yang tak nak beritahu sesiapa,” tutur Qeisha mula bergetar.
Darwin menenangkan dirinya. Ditarik nafasnya dalam-dalam dan mengambil tempat duduk di tengah-tengah antara Qeisha dan Fiqa. Fiqa mengusap belakang Darwin menenangkan amarahnya. Pandangan Darwin tumpah ke wajah tunangnya sejenak sebelum matanya kembali memandang Qeisha yang mula menangis.
``Sorry Qeisha. Okay sekarang cuba cerita kat aku apa yang dah jadi antara kau dengan Adam ?``
Bagai terkena kejutan elektrik saja rasanya apabila Qeisha mendengar semula nama lelaki itu. Ternyata kesedihannya belum berakhir. Ditarik dalam nafasnya dan dihembus, lalu diceritakan segalanya kepada Darwin.
Darwin sungguh terkejut dengan apa yang diceritakan Qeisha kepadanya itu. Sungguh tidak disangka Adam yang juga telah dianggap seperti adiknya itu telah berubah laku setelah hanya bergelar juara pertandingan realiti TV nyayian dan mengecap sedikit kesenangan.
“Kau nak aku pergi berbincang dengan Adam?”
Qeisha menggeleng. Dikesat lelehan air matanya yang masih bersisa.
“Tak apalah Win, biarlah dia nikmati kebahagiaan dan kesenangan dia tu. Siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan Nadia tu.”
Qeisha mengeluh. Selepas keadaan kembali tenang, Darwin menghantar semula Qeisha dan Fiqa pulang ke rumah mereka. Malam itu, kenangan hampir enam tahun lepas menujah fikiran Qeisha.
“Hai, awak Qeisha kan? Saya Adam student Architecture. Boleh saya duduk sini?” Qeisha hanya mengangguk.
‘Mana pula perginya Darwin ni? Tak bangun tidur lagi ke?’ rungutnya dalam hati.
“Awak ada cakap apa-apa ke?” soal Adam tiba-tiba sambil matanya terus-menerus melihat objek di hadapannya yang kegelisahan.
Qeisha menggeleng laju dan mulutnya masih lagi tertutup rapat. ‘Kenapalah mamat ni sibuk-sibuk nak duduk kat sini? Kerusi lain kan banyak lagi !’ getus hatinya lagi.
``Sorrylah kalau saya menganggu awak, saya pergi dulu ya.`` Qeisha tergamam.
``Hoi ! Mengelamun apa ? Siapa yang duduk kat sini tadi ? Kawan kau ke ?`` Darwin yang baru tiba terus bertanya itu dan ini.
``Win, aku nak tanya sikit, dalam dunia ni ada ke orang yang boleh dengar suara hati kita ?`` soal Qeisha dungu dan blur.
Darwin yang baru menjamah sebiji kuih terus meluahkannya semula dan ketawa berdekah-dekah.
``Apa jenis soalan tu wei ? Kau ni dah masuk kolej ke kat tadika lagi ?``
Qeisha menarik muka masam, dan Darwin terus-terusan mentertawakan dirinya. Otaknya melayang semula mengingati wajah pemuda tadi. Adam?
Qeisha tersedar dari mimpi jaganya. Dia keluar ke ruang tamu dan dilihat Fiqa sedang asyik menonton drama bersiri TV3, Tari Tirana, drama yang mengisahkan sekumpulan siswa yang menubuhkan satu kelab tarian, dan kisah tentang seorang gadis yang ditinggal kekasihnya. Sama seperti dia…
Qeisha mengambil tempat di sisi Fiqa. Di rumah ini mereka tinggal bertiga, dan seorang lagi Najwa yang pulang bercuti menjenguk keluarganya di Temerloh, Pahang sejak dua hari lepas.
“Qeisha awak okay ?” soal Fiqa berhati-hati.
Qeisha cuma mengangguk dan tersenyum antara manis dan tawar. Dia sendiri sebenarnya keliru dengan fikiran dan hatinya. Kadang-kadang dia akan berasa sangat sedih dengan kehilangan Adam, tetapi selepas beberapa minit atau jam berendam air mata, dia boleh pula ketawa dan melupakan segala yang mengundang kesedihan.
‘‘Qeisha, lain kali kalau awak ada masalah macam ni, awak kongsilah dengan saya atau Kak Najwa. Jangan pendam sorang-sorang tau.’’
“Kenapa? Awak takut kena marah dengan Darwin lagi ya? Dia merajuk lagi ke dengan awak?”
Lucu bila mengingatkan Darwin yang masih tidak mahu bercakap dengan Fiqa walaupun dia berulang kali mengatakan bahawa Fiqa tidak tahu-menahu tentang hal itu.
“Silaplah Encik Darwin tu nak merajuk lama-lama. Dengar aje suara manja saya yang ala-ala ni terus lembutlah hati dia. Tapi awak ingat tau, lain kali kalau awak ada masalah apapun ceritalah kat saya okay?”
“Baiklah Puan Darwin, lain kali saya akan cerita dari pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat, dan kesimpulannya,” Qeisha tersengih dan mengangkat tangan kanannya berikrar.
Fiqa menggeleng melihat telatah Qeisha. Agak gelabah juga dia siang tadi apabila menerima panggilan daripada Darwin yang menyuruhnya mengambil cuti separuh hari kerana ada urusan penting katanya. Rupa-rupanya mengenai hal Qeisha yang tidak diketahuinya.
Fiqa cukup maklum dengan persahabatan di antara Qeisha dan Darwin. Baginya, tiada apa yang perlu dicemburuinya kerana dia mengerti ke mana sayang dan sayang berserta cinta Darwin pergi, dan Darwin juga tidak pernah mengabaikan hati dan perasaannya dalam soal itu.
“SAYANG, bila you nak jumpa my parents?” soal Adam penuh romantik. Romantik atau berahi?
“No Adam, I tak sedia lagi nak jumpa family you. Lagipun bukan you kata you baru putus tunang kan?” soal Nadia kembali dengan lentok, lentik, lenteng badannya.
Adam melemparkan pandangannya ke sekitar Shinzle Café, restoran mewah yang pelanggannya rata-rata dari golongan VVIP dan orang-orang ‘bergaya’ sepertinya.
Wajahnya menonjolkan reaksi kecewa dengan jawapan dan soalan dari Nadia.
Sudah beribu kali diluahkan kepada Nadia, namun dia tetap menerima jawapan yang menghampakan. Pelbagai alasan yang digunakan Nadia untuk menolak permintaannya itu. Adam sungguh berharap Nadia mahu berjumpa kedua orang tuanya supaya mereka dapat berkahwin dengan segera.
Tidak tahan rasanya dia apabila terasa seperti dipulau oleh ahli keluarganya selepas sahaja dia mengumumkan tentang perpisahannya dengan Qeisha. Dia juga berharap Nadia mampu memberi sinar baru kepada keluarganya selepas tersingkirnya Qeisha.
“Sayang, please. Janganlah masam-masam, okay I promise I akan jumpa parents you nanti.”
“Tapi bila?”
Nadia lemas diasak begitu. Tanpa berfikir panjang dia terus membuat keputusan.
“Okay, awal bulan depan I promise I akan jumpa family you. Boleh sayang?”
Adam tersenyum, diraihnya tangan Nadia dan dikucupnya. Nadia menjeling manja. Adam sangat menggemari sikap manja dan pandai memujuk Nadia. Apatah lagi dia berjaya dapat apa saja apabila bersama ‘gadis’ itu. Mungkin itulah yang membuatkannya tidak teragak-agak memutuskan hubungan dengan Qeisha.
“So lepas ni kita nak ke mana?” soal Adam nakal.
Nadia merengek-rengek dan tergelak-gelak dengan penuh mengada-ngada apabila Adam mengenyit matanya. Kalau orang lain agaknya dah kena makan penampar minah ni!
i like u novel..
ReplyDeletethanks...
ReplyDelete