..........Hilangnya cintamu menusuk hatiku
hingga kumemilih cinta yang fana
pergi nya dirimu.........
Qeisha mengesat air matanya yang berlinang lagi entah untuk kali yang keberapa. Baru dirasakan kini bagaimana pedihnya ditinggal kekasih. Senang sahaja dulu dia memboikot rakan-rakannya yang sudah hampir mahu membunuh diri kerana cinta tidak kesampaian.Kini baru dirasai sakitnya. Dilayangkan fikirannya kepada peristiwa semalam…
“Qeisha, I rasa kita patut hentikan hubungan kita sekarang sebelum wartawan dapat tahu, sebelum Nadia dapat tahu, dan sebelum reputasi I jatuh!”
“Tapi kenapa tiba-tiba? Qeisha tak kisah kalau Adam tak nak mengaku yang Qeisha ni girlfriend Adam, tapi jangan buat Qeisha macam ni. Qeisha sayangkan Adam,” rayunya bersungguh-sungguh.
“Come on. Look at you. Memanglah cun tapi macam orang kampung. Tak setanding Nadia – sexy, hot, gorgeous and what else?” Cukup sinis kata-kata Adam tanpa mempedulikan titisan jernih membasahi pipi gadis dihadapannya.
Sungguh, saat itu Qeisha tidak lagi mengenali siapa jejaka di hadapannya itu. Lain benar bunyi patah bicaranya. Lain benar olah suaranya. Lain juga gerakan tubuhnya.
“So keluarga I akan datang rumah you minggu hadapan untuk putuskan pertunangan kita yang tak patut jadi dulu,” ujarnya serius dan disusuli tawa sinisnya. Ditekannya perkataan ‘putuskan pertunangan’. Bersahaja saja lagaknya. Jijik benar dia pada Qeisha.
Qeisha mengesat lagi air matanya. Peristiwa semalam sangat membebankan dirinya. Fikirannya masih buntu. Dalam kesedihan yang teramat, terlupa perkara yang belum dikerjakannya. Ya ALLAH ampunkan kelalaian hamba-MU.
Lama sujud terakhirnya. Dipanjatkan doa kepada TUHAN agar dikuatkan semangatnya. Dia tidak mahu menjadi terlalu lemah. Masih ramai insan yang masih menyayangi dirinya. Usai bersolat, Qeisha duduk di ruang tamunya. Fikirannya tenang sedikit.
‘Bosan pula duduk- duduk macam ni. Lagi baik aku keluar shopping. Untung-untung dapatlah aku bergaya macam si Nadia botox tu!’ getus hatinya ambil tersengih-sengih.
Segera dia masuk semula ke biliknya, disarungnya kemeja-T berleher bulat, jeans, dan kasut sniker. Rambutnya pula dibiar lepas.
“ Bismillahirrahmanirrahim.”
Dilafazkan sebelum menghidupkan enjin keretanya. Keretanya mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah sewanya bersama temen-teman sepejabat.
“Dia kata style aku macam orang kampung? Silaplah..” rungutnya sendirian sambil terus memandu menuju ke Sunway Pyramid.
Apa yang tidak kena dengan cara berpakaian Qeisha? Semasa di pejabat hari-hari akan disarungnya baju kurung, dan kalau keluar berseronok pastinya kemeja-T dan jeans. Wajahnya pula dibiar polos tanpa sebarang mekap. Bukankah itu lebih mudah, tulus, dan jujur?
“Kalau setakat pakai baju seksi-seksi, mekap tebal- tebal, lepas tu gedik-gedik sikit aku pun boleh buat. Tinggal tak nak aje. Lupa daratan punya manusia!” Bebelnya lagi. Siapa yang dimaksudkan? Pastinya… tuuuttttt
Kereta diparkirnya molek-molek di satu sudut. Jangan cari fasal hendak parkir senget-senget, nanti bercalarlah jawabnya MyVI kesayangannya itu. Setelah berpuas hati, Qeisha mematikan enjin dan mencapai beg sandangnya untuk memulakan pengembaraan transformasi dirinya. Transformasi? Tidaklah….tiada apa yang perlu diubah.
Qeisha mula mengukur shopping mall yang diantara pusat beli belah terkemuka di Malaysia. Butik Guess? Nicci? Padini? Tak mainlah…butik Body Gloves, Tropicana Life, dan Channel yang diredahnya. Disambarnya beberapa koleksi kemeja-T terbaru di butik-butik pakaian tersebut. Hampir 15 helai semuanya. Kecewa punya penangan…
No comments:
Post a Comment