"EINFACHEN ITU SEDERHANA"

by AeZaL NaSA


p/s : click di label (right side) utk baca setiap episod... since da terabur sket neh..huhu (>,^)

Sunday, August 15, 2010

EINFACHEN ep 5

“OKAY semua, masa untuk menjawab sudah tamat. Sila-silalah hantar test paper kamu tu sekarang ya. Jangan nak buat-buat lengah.’’ Kata Darwin sambil tangannya mula mengutip kertas-kertas soalan dari pelajarnya.

‘‘Mr. Darwin, kertas yang putih bersih pun nak kutip juga ke ?’’ soal ‘Nora Danish’ selamba.

“Bolehlah. Terima kasih Nora Danish kerana tak menyusahkan saya. Confirm saya bagi awak markah percuma negatif 10.”

Riuh satu kelas mem’boo’ Nora Danish. Dengan maintain selamba dan ayu, dia kembali duduk di kerusi. Betul-betul badut si Rafishah @ Nora Danish ni!

“Hmhm saya dengar untuk Nurses Day Carnivale nanti group awak kan yang handle, Fitri?”

“Ya Mr. Darwin, Puan Zazeela suruh kami aturkan keseluruhan majlis sebab semester lain semua tengah praktikal,” jelas Fitri.

Fitri merupakan kapten kelas bagi semester 2B bersama Fatin Nabilah sebagai pembantu. Fitri dan Fatin, F&F, dan mereka juga lebih dikenali dengan panggilan mesra Walid dan Umi di kelas itu.

“So inilah masanya kalau kamu semua mahu buktikan sesuatu kepada senior-senior kamu tu. Buktikan pada mereka yang kumpulan yang mereka pandang rendah ini mampu melakukan sesuatu dengan cukup baik. Ini peluang kamu untuk menyerlah di mata mereka, menyerlah di mata semua pensyarah, dan menyerlah di mata dekan kita.”

Darwin cuba menaikkan semangat para pelajarnya itu. Sungguh, melihatkan mereka ini, banyak mengingatkannya sewaktu berada di zaman belajar dulu.

‘‘Jadi saya harap kamu semua berjanji akan melakukannya bersungguh-sungguh. Cuba sedaya upaya bersihkan nama baik kumpulan kamu, dan kalau ada apa-apa masalah kamu boleh berjumpa saya.Jadi sampai sini saja kelas kita, jumpa lagi next week, Assalamualaikum.’’

Darwin mengakhiri kelas pada lewat petang Jumaat itu dengan penuh harapan terhadap pelajar-pelajarnya. Dia amat berharap agar pelajar-pelajarnya itu mampu menonjolkan sesuatu dari dalam diri mereka masing-masing.

Lamunannya terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi. Dia tersenyum melihatkan nama si pemanggil.

‘‘Hello sayang,’’ ucapnya sejurus punat hijau ditekan.

‘‘Oit ! Apa sayang-sayang ? Ni akulah Qeisha. Fiqa tengah demam ni, misi boy boleh datang rumah aku tak sekarang ? Dengan aku dia tak nak, dia nak dengan kau je.’’ Adu Qeisha.

“Demam? Okay-okay aku datang sekarang.”

Dengan pantas Darwin mencapai kunci keretanya dan berlari turun ke tempat parkir. Sejurus menghidupkan enjin, terus saja dia memecut laju Mini Cooper kepunyaannya.
Perjalanan ke rumah sewa gadis-gadis itu di Seksyen 13 Shah Alam yang selalunya mengambil masa lebih kurang 20 minit, jimat tujuh minit hari itu. Tapi, kenapa rumah ni gelap saja?

Keretanya diparkir di bahu jalan. Langkah diatur sehingga di depan pintu masuk rumah itu sebelum diberi salam. Tetapi salamnya tidak berjawab. Dipulasnya tombol pintu perlahan-lahan, dan……….

‘‘Surprise !!!!! ‘’ jerit tiga gadis di hadapannya itu. Darwin mula blur….

‘‘Ada apa kat sini ?’’ soalnya bingung.

‘‘Hey Mr. D, aku rasa kau kene pergi scan otak tu, tiap-tiap tahun kau lupa birthday sendiri.’’bebel Qeisha. Fiqa dan Najwa ketawa terkekeh-kekeh

Itulah dia Darwin, dari dulu hingga kini dia sering terlupa hari penting buat dirinya. Tapi bagus juga, senang nak buat surprice party.

‘‘Alamak aku baru berazam nak ingat tarikh penting aku ni tahun ni.,’’ katanya sambil menepuk dahi. ‘‘Anyway, terima kasihlah banyak-banyak buat korang semua yang tak lupa ingatkan hari tua aku,’’ sambungnya lagi mengundang tawa yang lain.

‘‘So umur dah meningkat, bila lagi nak bersatu pulak ni ?’’ tanya Qeisha sambil menyiku Fiqa di sebelahnya. Fiqa tertunduk malu.

‘‘Yang tu aku kena berbincang dengan yang sebelah kau tu dulu,’’ katanya selamba sengaja menambahkan merah di wajah Fiqa.

‘‘Sudah-sudahlah tu sesi soal jawab, mari kita makan, Fiqa masak banyak tau Win,’’ cadang Najwa bagi menyelamatkan wajah merah Fiqa dari meletup. Mereka semua berjalan ke meja makan untuk menikmati makan malam.

“Kak Najwa, kenapa tak ajak boyfriend akak datang sekali tadi? Siapa nama dia, haaa Airil?”

“Ok, kejap kak Najwa call dia dulu.”

“Jangan lupa suruh dia bawa kembar dia sekali.” Pinta Qeisha lagi sebelum dihamburkan tawanya.

Mereka semua maklum dengan teman lelaki Najwa itu, tetapi belum pernah bertemu. Qeisha dan Fiqa sendiri pun tidak tahu bagaimana rupa teman lelaki Najwa itu walaupun sering juga dilihat kereta lelaki itu di depan rumah menjemput Najwa.

Mereka bertiga terus menyambung makan. Banyak benar juadah pada malam itu. Ada spaghetti, nasi goreng, bihun goreng, ayam goreng, nugget, dan puding caramel.

“Boyfriend Kak Najwa datang tak?” soal Qeisha sebaik saja Najwa kembali di tempat duduk.

“Sorrylah Qeisha, dia tak dapat datanglah. Ada hal penting katanya,” jawab Najwa. Qeisha pula menarik muka masam dan berpura-pura sedih.

Seisi meja itu ketawa melihat reaksi Qeisha. Sepatutnya Najwa yang bereaksi begitu, ini dia pula yang lebih sudu dari kuah.

Selesai makan malam itu, Darwin mengambil angin di buaian di laman rumah itu. Beberapa minit kemudian, Fiqa duduk di sisi menemaninya. Darwin mencapai tangan gadis itu dan mengucupnya lembut. Sungguh dia amat mencintai Fiqa.

Fiqa tersenyum. Ditarik tangannya yang disorok di belakang badannya sedari tadi, dan kotak yang berbalut cantik itu ditunjukkan kepada Darwin.

“Untuk Win,”katanya sambil tersenyum manis.

Kotak itu beralih tangan.Darwin mengerutkan dahinya.

“Apa ni? Cicak ke?”

Fiqa mencebik, “takkanlah Fiqa nak bagi cicak, nak pegang pun geli.”

Darwin ketawa mendengar jawapan Qeisha. Dibukanya balutan kotak itu berhati-hati. Tersenyum dia apabila melihat isinya adalah seutas jam tangan Guess yang pernah dilihatnya ketika keluar bersama gadis itu.

“Kenapa beli yang mahal-mahal macam ni? Fiqa tahu kan yang Win tak kisah apapun yang Fiqa beri.”

“Tak apalah, Fiqa janji sekali ni aje Fiqa beli yang mahal. Lepas ni Fiqa beli kat pasar malam aje.’’

Darwin menguntum senyum, begitu juga Fiqa, mata mereka bertaut…ada debaran menyinggah di hati. Bagi Darwin, setiap saat bersama Fiqa pasti ada debaran itu, dan setiap kali bertentangan mata, pasti ‘sesuatu’ itu menjengah.

*****************

“FIQA…” bisiknya perlahan.

“Kenapa susah sangat dia nak terima aku?”

“Apa aku tak cukup kacak? Tak cukup kaya? Tak cukup kedudukan?”
Mukanya diraup berkali-kali. Satu keluhan berat dilepaskannya. Fail-fail di atas meja dicampaknya.

No comments:

Post a Comment