"EINFACHEN ITU SEDERHANA"

by AeZaL NaSA


p/s : click di label (right side) utk baca setiap episod... since da terabur sket neh..huhu (>,^)

Saturday, August 14, 2010

EINFACHEN ep 4

“HOI apa yang dilamunkan tu?” sergah Qimy Airil dan terus mengambil tempat di kerusi meja komputer adiknya itu. Dipandang adiknya yang sejak belakangan ini sering berangan dan mengelamun di awang-awangan.

Tanpa memberi sebarang reaksi, Qimy Aizril yang dimaksudkan itu terus-terusan merenung siling dan tersenyum-senyum sendirian.

“Tak ada apa-apalah bang,’’ empat patah saja jawapannya.

Qimy Airil dan Qimy Aizril dilahirkan kembar oleh pasangan Dato’ Shahril dan Datin Zulaika. Mereka berdua cukup akrab walaupun agak berbeza personaliti. Si abang cukup bersopan dari segi tingkah laku dan percakapannya, penyayang dan setia pada yang satu. Si adik pula agak agresif dan romantik tetapi malang bagi gadis-gadis kerana dia bukan pencinta setia.

‘‘Jangan tipulah, aku tahu kau tengah terbayangkan sesuatu ni ?’’

‘‘Aku teringatkan awek yang kita nampak kat Converse Sunway Pyramid ari tu.’’ Ujar Qimy berterus-terang.

“Eh mustahillah. Melihatkan senarai ex-ex awek kau dulu, aku tak rasa dia jenis yang kau suka.”

Qimy mengangkat bahu. Dia sendiri buntu bagaimana dia boleh tertarik kepada seorang gadis yang ditemuinya sedang mencuba kasut sniker di butik terkemuka itu. Niatnya mahu menegur gadis itu tidak tercapai gara-gara terkaku saat pandangan mereka tiba-tiba bersatu.

“Entahlah bang, aku rasa ada yang special fasal dia ni.”

“Apa yang special? T-shirt, jeans, and snikers? Bukan ke gadis idaman kau mesti bersarung dress, pandai dandan, dan selalu pakai high heels?”

“Mungkin itu specialnya dia. Berbeza dari gadis-gadis yang selalu dampingi aku.”

Airil ketawa kecil melihat gelagat adiknya yang sudah angau itu. Jangan angaunya hilang bila Sherin, Yana, ataupun Sasha menghubunginya sudahlah.

“Apa-apa ajelah Qim. Tapi ingat, sangat susah sebenarnya bila kita nak memenangi hati gadis seperti tu. Dia sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan pendamping-pendamping kau.”

Qimy terdiam. Tidak dinafikan kata-kata abangnya itu. ‘Ya, dia memang lain’ bisik hatinya. Lantas peristiwa tiga hari lepas itu menerjah ingatannya.

“Kasut ni sesuai untuk cik, lagipun ini produk terbaru butik kami,” bersungguh- sungguh jurujual tersebut menyakinkan pelanggannya.

“Kau nak cari apa kat sini Qim?”soal Airil.

“Entah, kejap aku tengok- tengok dulu.” Jawab Qimy bersahaja.

“Hmhm..cantik juga. Selesa pun selesa. Oklah saya ambil yang ini,”Qeisha memutuskan.

Qimy yang mendengar perbualan itu menoleh ke arah gadis tersebut. ‘Eh, ada juga ke perempuan yang minat dengan butik sporty and snikers?’ sempat dia bermonolog sebelum….

Qeisha tahu ada mata yang usha- usha panas dirinya, lalu dengan niat mahu menyoal lebih lanjut ataupun terus diberi penampar Malaysia, dia membalas pandangan pemuda di belakangnya dengan pantas dan efisyen. Tetapi…

‘Asal mamat ni nampak blur aje. Sakit kot. Abaikan ajelah. Ishhh.. tak baik betullah aku ni, ada ke nak tampar OKU. Aiissshhh!’ giliran Qeisha berkata sendirian.

Lalu setelah membayar harga barangannya, Qeisha menapak keluar dengan pantas. Gerun juga kerana melihatkan pemuda tadi yang tidak lepas mata memandangnya. Sudah macam hantu jeruk mangga pun ada!

“Encik, ada apa-apa yang saya boleh bantu?” Pertanyaan daripada pembantu jurujual kedai tersebut mematikan lamunan Qimy. Bagaikan diserang sawan, dia menoleh- noleh ke belakang mencari gadis yang diamati sedari tadi.

“Encik?” soal jurujual itu lagi. Takut juga dia melihatkan respon lelaki dihadapannya ini.. ‘Muka handsome dah, tak kan sawan pulak kot,’ getus hatinya.

“Tadi awak ada layan sorang perempuan tadi kan? Mana dia?”

“hmhm..dia dah balik dah..” jawab si gadis ragu- ragu. Berkerut dahinya. Pelik sungguh gelagat figura ini.

Qimy mengeluh. ‘Bila masa pulak dia keluar kedai..hadoiii…rugi rugi..’ keluh hatinya. Qimy lantas keluar dari butik tersebut dan masih mencari- cari kelibat gadis itu. Tetapi usahanya nyata sia-sia.

“Qim, kau cari apa ni?” Airil menepuk belakang Qimy. Pelik dirinya melihatkan kelakuan adiknya itu. Sebenarnya sedari tadi dia memerhatikan tingkah adiknya semasa di butik itu. Dia turut memandang objek yang diamati Qimy dan seperti biasa, seorang gadis. Tapi yang ini lain….

Qimy yang nyata terkejut itu menggelengkan saja kepalanya.

“Jum, aku nak baliklah.”ajak Qimy dan Airil hanya bersetuju. Sudah terkena sampuk mambang mana pula Qimy ni…

Bunyi mesej dari telefon bimbitnya mematikan lamunan Qimy.

‘Sayang, you kat mana? Dah setengah jam I tunggu ni!’ Sherin!!!

‘Sorrylah Sherin, I ada kerjalah. You balik ajelah ok’ Qimy membalas lantas dimatikan telefon bimbitnya.

No comments:

Post a Comment