"EINFACHEN ITU SEDERHANA"

by AeZaL NaSA


p/s : click di label (right side) utk baca setiap episod... since da terabur sket neh..huhu (>,^)

Tuesday, August 10, 2010

EINFACHEN ep 2

“OK class. So semua dah kencing dalam botol specimen masing-masing?” Pelajar-pelajarnya hanya mengangguk-angguk mengiakan. Ada juga yang kegelian dan menahan loya melihat deretan botol specimen di atas troli yang terisi air kencing itu.

      “Kenapa saya tengok ada yang berkerut-kerut ni? Tak akan baru tengok air kencing banyak ni dah geli kot?” soalnya.

      “Ingat ya semua, sebagai seorang jururawat kamu harus memandang sesuatu itu dengan pandangan professional tanpa keraguan. Silibus-silibus pembelajaran kepada bakal-bakal jururawat perlu disampaikan dengan kreatif agar kamu semua dapat memahami segala apa yang diajar.”

      Ulas Darwin mengingatkan pelajar-pelajarnya. Bidang kejururawatan kini semakin ramai dipelopori oleh kaum lelaki termasuklah Ryan Darwin Bin Jefry. Selepas tamat pengajian diploma, dia bekerja di sebuah hospital swasta hampir tiga tahun sebelum menyambung pengajiannya ke peringkat ijazah dan sarjana. Lalu daripada male nurse, Darwin beralih kepada seorang pensyarah di sebuah kolej swasta setelah tamat pengajian.

      “OK seperti yang kamu semua sedia maklum, hari ini kita akan belajar cara-cara melakukan prosedur pemeriksaan urine. Tapi sebelum itu saya nak tanya, kenapa air kencing ini lebih jernih dari yang ini?” soal Darwin sambil menunjukkan dua botol specimen yang dimaksudkan.

      “Mr. Darwin, nenek saya ada cakap, kalau kencing kita jernih itu bermakna kita sedang dilamun cinta,” ujar Aina dengan selamba.

      Riuh satu kelas Semester 2B ketawa dengan jawapan yang diberikan Aina termasuklah dirinya sendiri. Lawak yang sudah terlahir pastinya akan beranak-pinak pula. Kini giliran Rafishah atau lebih dikenali sebagai Nora Danish pula menyampuk.

      “Hang jangan dok buat gila Aina. Awat kencing aku tak jernih pun? Boyfriend ada dua dah.”

      “Sapa yang nak kat hang tu? Depa buta ka?’’ Fit yang diberi gelaran Walid itu pula memerli Rafishah. Rafishah menarik muka masam, ala-ala Nora Danish. Makin gamatlah kelas.

      “OK class, enough.” Darwin menamatkan sesi gurau senda dengan sisa tawanya.

      Mereka kembali fokus dengan pembelajaran. Sebagai seorang tenaga pengajar amatlah tidak adil sekiranya timbul soal pilih kasih terhadap pelajar. Namun bagi Darwin, dia amat menyenangi dan merasa sangat terhibur tatkala masuk mengajar kumpulan Semester 2B.

      Semasa pertama kali kedatangannya dahulu, dia dimaklumkan bahawa semester itu adalah yang paling teruk dalam rekod keseluruhan. Namun, sejak pertama kali bertemu, dia merasakan keserasian antara mereka timbul dan sehingga kini dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengan pelajarnya itu.

QEISHA menutup fail di mejanya. Sekarang masa untuk makan tengah hari. Memenuhkan perut yang lapar dan merehatkan otak yang kepenatan menghadap fail-fail akaun ayarikat.

      Itulah lumrah hidup seorang Account Executive. Masih jauh perjalanan yang bakal ditempuhnya. Namun itu akan ditentang olehnya satu persatu.

DARWIN yang baru habis sesi kelasnya terus menuju ke ruangannya di pejabat fakulti kejururawatan. Semasa malalui pantri, matanya tertancap pada tajuk di dada akhbar bahagian hiburan – ‘Pengakuan Bintang Realiti TV’,dan di situ terpampang wajah Adam dan Nadia berpelukan.

      Darwin segera membuka halaman yang memuatkan kisah dua artis terbabit.

      “Ya ALLAH!” alangkah terkejutnya Darwin membaca kenyataan dari Adam yang kini sedang hangat berpacaran bersama Nadia.

      “Qeisha macam mana?” segera dihubungi Qeisha.

      Qeisha memandang skrin telefon bimbitnya. Tersenyum. Hatinya diselubungi rindu yang teramat sangat terhadap sahabat karibnya itu.

      “Assalamualaikum. Kau okay ke?”

      “Waalaikumsalam. Mestilah aku okay. Kenapa?”

      “Jangan buat-buat tak tahu. Aku baru baca akhbar pasal Adam. Kau tunggu kat ofis, sepuluh minit lagi aku sampai kita lunch sama.”

      Darwin terus menekan punat merah di telefon bimbitnya. Segera dia keluar untuk bertemu sahabatnya yang mungkin masih dalam kesedihan itu. Qeisha tersenyum tawar. Bersyukur dikurniakan sahabat seperti Darwin.

      Persahabatan Qeisha dan Darwin bermula ketika hari pendaftaran pelajar baru di Dr. Afzal University di ibu kota. Dia sendiri agak terkejut apabila mengetahui bahawa jejaka yang setahun tua darinya itu mengambil bidang kejururawatan. Tetapi dalam diam dia amat mengagumi keberanian Darwin.

      Sejak dari itu mereka mula bersahabat sehinggalah sekarang. Qeisha sudah menganggap Darwin sebagai abangnya dan begitu juga sebaliknya. Dan ketika di kolej juga Qeisha bertemu dengan Adam dan menjalin cinta dengannya.

      Darwin tiba di hadapan YF Cargo Sdn. Bhd. Mencari-cari kelibat Qeisha. Qeisha melambai-lambaikan tangannya kearah Darwin seperti menahan teksi. Qeisha mengambil tempat bersebelahan Darwin dan terus menundukkan wajahnya. Tahu sebentar lagi pasti dia akan dihujani dengan pelbagai soalan dari Darwin yang menjeling-jeling ke arahnya.

      “Tak akan senyap aje? Tak ada apa-apa cerita ke yang perlu disampaikan kat aku?” Darwin menyoal. Sengaja disiniskan suaranya.

      “Fiqa apa khabar? Sihat ke dia?”

      Qeisha menggaru-garu kepalanya dan tersengih. Fiqa adalah tunang kepada Darwin. Gadis itu juga merupakan teman serumahnya.

      “Ishhhh.. Fiqa sihat, sentiasa sihat, malam tadi baru jumpa. Tapi agak aku, kau tu yang tak sihat!”
Qeisha kembali menundukkan wajahnya. Tidak tahu bagaimana mahu dimulakan syarahannya. Bagi salam dulu ke? Atau pantun dua kerat dulu?

      “Aku dah call Fiqa tadi, kita pergi jemput dia dulu. Sekarang aku nak kau call ofis kata kau ambil leave hari ini. Ada perhitungan yang perlu kita buat.” Serius saja bunyi butir bicaranya. Qeisha hanya mengangguk dan mencapai telefon bimbitnya.

No comments:

Post a Comment