HUJUNG minggu datang lagi, dan seperti biasa setelah ‘ter’tidur selepas solat Subuh tadi, Qeisha ke dapur menyediakan sarapan buat teman-temannya. Selalunya, memang dia yang akan menyediakan sarapan kerana menunya tidak terlalu rumit berbanding untuk makan tengah hari atau malam, memandangkan skil masaknya yang tidak terlalu hebat.
Untuk hari ini dia bercadang untuk menyediakan Sandwich Tuna Barat Qeisha Spears. Bukan main panjang lagi haaa namanya…
Setelah siap dihias dan dihidang, Qeisha duduk sendirian di meja makan menanti Fiqa dan Najwa yang masih diulit mimpi barangkali. Duduk bersendirian begitu membuatkan fikirannya kembali melayang…..
*****************
Tahun 2005
Qeisha duduk bersendirian di perpustakaan. Sepanjang minggu ini, dia agak bosan keseorangan kerana Darwin sedang menjalani latihan praktikal di Hospital Selayang. Tba-tiba jejaka yang menegurnya minggu lepas itu berjalan ke arahnya.
“Hai, boleh saya duduk kat sini?’’ tanpa menunggu jawapan Qeisha, terus saja dia menarik kerusi dan duduk di hadapan Qeisha.
Qeisha agak gugup. Matanya dilari dan ditumpukan hanya pada helaian buku rujukan di depannya.
“Mana student nursing yang selalu dengan awak tu?” soalnya
“Dia tak ada, praktikal.”
“Dia teman lelaki awak ke?”
“Tak adalah, dia best friend, dah macam abang saya pun.”
Lelaki itu mengangguk dan lantas menghulurkan tangannya.
“Hari tu kita berkenalan tak berapa rasmi, saya Adam, dan awak ?’’
Qeisha menyambut huluran tangan Adam sambil tersenyum.
“Qeisha.”
Disitulah titik pertemuan di antara Qeisha dan Adam. Dengan cara yang paling mudah. Selepas perkenalan itu, Adam juga turut serta dalam sesi lepak melepak Qeisha dan Darwin.
Dr. Afzal University Annual Dinner. Tema: Mirace Masquerade
“Mirace masquerade? Nak pakai apa ni?” rungut Qeisha.
“Pakai ajelah apa- apa yang Qeisha ada. Mesti tetap cantik,” Adam memuji sepintas tetapi cukup membuatkan Qeisha terlayang- layang.
“Jadi malam besok Qeisha sudi tak jadi teman Adam kat dinner nanti?” Adam menyoal.
Qeisha mengangguk. Lagipun tiada pilihan lain. Darwin pula malas mahu mengikut serta.
Malam yang dinantikan tiba. Qeisha sengaja menyuruh Adam pergi dahulu dan menunggunya di hadapan Hotel Legend di mana berlangsungnya majlis tersebut.
Sebenarnya, Qeisha sangat malu untuk berhadapan dengan Adam dan rakan- rakannya nanti kerana seumur hidup dia tidak pernah melaram sebegini. Jadi dia berkeputusan untuk pergi sendiri sahaja.
Ini semua idea Darwin! Diheretnya Qeisha ke butik Anjung Fareeza dan Kak Fareza, tuan punya butik itu sendiri yang telah menjadi perunding imej untuknya. Dari dress, make up, rambut…semuanya lain!
Qeisha menarik nafas dalam- dalam sebelum keluar daripada keretanya. Matanya mencari- cari kelibat Adam.
“Qeisha.”
Qeisha menoleh dan tersenyum ke arah Adam. Adam terpaku.
“Janganlah pandang macam tu. Malulah.”
“Cantiknya Qeisha malam ni. Lain sangat. Haaaa…kalau macam ni lagi semangatlah Adam nak menyanyi.”
“Adam masuk D.A.U. Idol ke?” soal Qeisha. Adam hanya mengangguk. Lantas dihulurkan tangannya dan mereka beriringan masuk ke ballroom hotel.
Semua mata terpaku melihat seorang gadis dengan dress putih dan topeng muka berwarna sendondon melangkah masuk ke ballroom.
“Wahhh..lawanya dia. “ Mia memuji dan Irdina disebelahnya bersetuju.
“Siapa tu ya? Tak pernah Nampak pun kat kolej,” Kalsom pula menyampuk.
Qeisha duduk bersama teman- temannya itu. Adam perlu bersedia di belakang pentas untuk pertandingan nyanyian. Qeisha tahu rakan- rakannya itu tidak dapat mengecam dirinya tika ini. Satu… dua… tiga!!! Topeng yang menutupi separuh wajahnya dibuka.
Mia, Irdina, dan Kalsom menjerit serentak. Sungguh mereka terkejut melihat Qeisha yang sangat berbeza kejelitaannya malam itu. Tawa dan gurauan mereka terhenti apabila emcee memulakan D.A.U. Idol.
Tiba giliran Adam. Qeisha tertanya- tanya, boleh ke Adam menyanyi? Ahhh layan sajalah.
“Jadi Adam, lagu apa yang awak nak sampaikan malam ni?”
“Kerna Ku Sayang Kamu.”
“Wauu…ada ditujukan buat sesiapa ke?” si pengacara bertanya.
“Ya. Saya akan berdiri di hadapan gadis itu nanti, dan pesanan untuknya, jangan terkejut sangat ya,”Adam menjawab tenang dan dikenyitkan matanya.
Adam mengambil tempatnya bersama gitar di tangan. Sebaik menerima isyarat, Adam memulakan persembahannya.
Seandainya,
Kau ada disini denganku,
Mungkinku tak sendiri,
Bayanganmu,
Yang selalu menemaniku,
Hiasi malam sepiku,
Kuingin bersama dirimu,
Ku tak akan pernah,
Berpaling darimu,
Walau kini kau jauh dariku,
Yang slalu kunanti kerna kusayang kamu.
Hati ini selalu memanggil namamu,
Dengarlah melatiku,
Ku berjanji,
Hanyalah untukmu cintaku,
Takkan pernah ada yang lain.
Adakah rindu dihatimu seperti rindu yang kurasa,
Sanggupkah kuterus terlena,
Tanpamu disisiku,
Kukan slalu menantimu.
Kerna Ku Sayang Kamu…..
Adam sudah tegak berdiri di sebelah Qeisha dengan gitarnya. Tangannya dihulurkan kepada Qeisha mengharapkan balasan dari gadis itu. Seisi ballroom senyap tanpa sepatah kata. Masing- masing begitu asyik dengan situasi yang berlaku.
Dengan hati yang cukup berbunga ceria, Qeisha lantas menyambut huluran tangan Adam dan berdiri menghadap jejaka dihadapannya itu. Tika itu seisi ballroom riuh dengan sorakan dari pelajar- pelajar Dr. Afzal University. Di bibir Qeisha dan Adam pula terukir senyuman kebahagiaan.
“Dan disini, saya Adam Shafimie Bin Mohd Arif berjanji akan menjaga dan mencintai Qeisha Safira Bt Ghazally seumur hidup saya, dan jika saya telah melukakan hatinya, saya tak akan pernah berpeluang lagi memiliki hatinya.”Adam berikrar bersungguh- sungguh. Pelajar- pelajar wanita yang lain mula ‘histeria’ melihat keromantisan jejaka itu.
Qeisha hanya mengangguk dan mengesat air matanya yang tiba- tiba menitis. Saat itu Darwin pula muncul dan bersorak kegembiraan untuk Qeisha dan Adam. Dan malam itu merupakan saat terbahagia bagi Qeisha Safira.
*************
“BREAKFAST dah siap Qeisha?”
Soalan dari Najwa telah memadam segala lamunan Qeisha. Qeisha yang terpinga-pinga lantas mengangguk laju.
“Qeisha berangan apa ni? Dari tadi Kak Najwa lihat asyik termenung aje.
Teringatkan Adam ya ?’’ teka Najwa sambil mengusap-usap rambut gadis itu.
Qeisha hanya berdiam diri. Tidak memberi apa-apa respon terhadap soalan Najwa. Wajahnya jelas kelihatan sugul.
‘‘Janganlah macam ni, sekarang Qeisha kena tunjuk kat Adam yang Qeisha gadis yang kuat dan tabah. Kak Najwa percaya yang kisah silam Qeisha dulu jauh lagi berat bebanannya dari dugaan kecil ni.’’
‘‘Tapi Qeisha tak tahu nak mula semula dari mana Kak Najwa.’’
‘‘Hmhm..Kak Najwa dengan Fiqa ada idea….’’ Najwa mengangkat-angkat keningnya. Berkerut dahi Qeisha cuba memikirkan apa yang berlegar di fikiran Najwa.
*****************
``Kak Najwa dengan Fiqa jangan buat gila sangat boleh tak?``
Najwa dan Fiqa berpandangan. Gila apa pulak?
“Qeisha, akak dengan Fiqa dah rancang perkara ni dari minggu lepas lagi. Kami rasa plan ni mesti berjaya untuk kenakan si Adam buta dan si Nadia gediks tu!” ujar Najwa bersungguh- sungguh.
“Tapi tak kan sampai kena masuk program macam ni? Masuk TV pula tu. Malulah!”
“Apa yang nak dimalukan ni Qeisha? Fiqa yakin Qeisha boleh. Masa dan ketika inilah kita nak kenakan si buta dan si botox tu habis- habisan. Bak kata seorang student Win tu, kita ajaq muka dia.”
“Bolehlah ya Qeisha? Bolehlah,” rayu Najwa disusuli dengan muka kesian Fiqa.
“Tapi tarikh pendaftaran tu kan dah lepas.” Qeisha bersuara megah. Dengan harapan dia terlepas dari permintaan menggerunkan sahabat- sahabatnya itu.
“Haaaaaa!!!! Yang itu jangan risau, Fiqa dengan akak Najwa dah daftarkan pun nama Qeisha hari tu. So malam ni kita packing barang dan besok Qeisha kena melapor diri sebab dengan bangganya Fiqa mengumumkan di sini bahawasanya Qeisha Safira Binti Ghazally telah terpilih sebagai calon akhir Pencarian Gadis Malaysia ‘most beautiful, most elegant, and most brilliant’.” Fuhhhh….hujah Fiqa senafas dengan penuh gaya dan dramatiknya.
Qeisha blur. Terkejut.
“So, apa lagi yang dibinggungkan? Cepatlah kita berkemas- kemas.” Najwa memberikan arahan sambil terus menarik Qeisha yang masih blur.
***************************
Ashraf baring di katilnya. Ingatannya berlegar- legar dengan kejadian siang tadi. Sungguh dia tidak menyangka ada gadis sekeras itu. Egonya benar- benar tercabar. Tetapi entahlah….dia tidak mampu melakukan apa- apa bila berhadapan gadis itu. Sungguh…. jiwanya tenang setiap kali melihat dan mengamati wajah itu. Cukup lengkap…..
No comments:
Post a Comment