ASHRAF masih termenung. Sememangnya dia masih terkejut. Seorang gadis menolaknya mentah- mentah. “Shit!”
“Ya Encik Ashraf , ada apa- apa yang saya boleh bantu?”
“Duduk Fiqa. Masa pejabat dah habis, tak payah formal sangat ok?”
Fiqa mula berkira- kira mahu keluar dari ruangan CEO-nya itu. Tetapi Ashraf lebih pantas menahan pintu bilik pejabatnya dari dibuka.
“Fiqa, kenapa awak susah sangat nak terima saya?”
“Eh, Encik Ashraf ni gila ke apa? Saya kan dah bertunang!”
“Come on... awak baru aje bertunang. Belum kahwin pun lagi. Baik awak terima aje saya, masa depan pun cerah. Saya mampu bagi apa saja yang awak nak, Fiqa.”
Ashraf berkata megah. Fiqa berasa jengkel. Nafasnya turun naik menahan amarah dan rasa meluatnya terhadap lelaki itu. Terasa maruah dirinya rendah benar dimata Ashraf.
“Encik Ashraf nak tahu kenapa saya tak teringin pun nak hidup dengan encik?”
Ashraf mengangkat keningnya sebelah.
“Sebab Encik Ashraf ni jenis manusia lupa daratan! Perempuan sana perempuan sini. Tak sedar dek untung hasil kekayaan keluarga. Muka aje handsome tapi hidup macam sampah buat menyemak kat Malaysia ni. Tiap- tiap malam clubbing aje kerja, lepas tu pagi- pagi datang kerja lewat. Menyusahkan saya kena berhadapan dengan client. Dan secara kesimpulannya hidup Encik Ashraf ni sebijik macam ayam!!!”
Usai meluahkan katanya, Fiqa segera melangkah keluar dari pejabat CEO ayamnya itu. Mukanya merah, tangannya masih menggeletar.
‘Ayam? Mana aku dapat idea tu? Ahh.. lantaklah.. ’ desis hatinya. Masih belum berhenti mengomel.
Pintu lif terbuka dan sebaik saja keluar daripada bangunan syarikatnya, Fiqa terus saja berlari ke kereta Darwin yang sedia menunggunya sedari tadi. Pintu kereta dibuka dan dihempas dengan kuat sesuka hati.
“arrgggghhhhhh!!!!! Dasar ayam!” Jeritnya.
Darwin tersenyum saja melihat gadis itu begitu. Keretanya terus dipandu keluar dari kawasan pejabat Fiqa.
Sepanjang perjalanan, tiada topik yang dibualkan. Darwin tenang di samping gadis kesayangannya yang masih mengetap bibir kegeraman. Keretanya dibelok dan diparkir di satu kawasan.
Fiqa memandang Darwin.
“Jum. Kita solat Maghrib dulu kat sini. Tenangkan fikiran dulu. Lepas tu kita pergi makan ya.” Ucap lelaki itu sambil tersenyum.
Fiqa memandang Darwin. Lesu. Perlahan- lahan air matanya mengalir. Rasa marah tadi dibasahkan dengan titisan- titisan dari matanya. Jiwanya mula tenang. Amarahnya lenyap.
Darwin mengesat air mata gadisnya. Bibirnya terukir senyuman sebelum mereka sama- sama menuju ke masjid menunaikan tuntutan agama.
Selesai bersolat, kereta dipandu ke restoran makanan segera Pizza Hut di Extreme Park, Seksyen 13 Shah Alam. Fiqa mengambil tempat sementara Darwin ke kaunter pesanan.
Mereka menikmati makan malam itu dengan berselera sekali. Fiqa seperti sudah melupakan kejadian lewat petang tadi sehingga boleh menghabiskan tiga potong pizza thai seafood bersama thai tuna roll dan sup cendawan kegemarannya. Darwin pula hanya memerhati tingkah Fiqa sedari tadi.
‘Lahap juga awek aku ni kalau tengah marah..’ bisiknya di hati.
“Win kutuk Fiqa ya?” sergah Fiqa tiba- tiba. Tercengang- cengang Darwin dibuatnya.
“Tak adalah... pelahap juga Fiqa ni ya dalam tengah marah pun.”
Fiqa tersengih. Mukanya merah menahan malu.
“Jadi, dah boleh cerita masalah petang tadi tu? Kesian pintu kereta Win jadi mangsa Fiqa..”
Fiqa mencebik, “bos Fiqa tu lah. Gila meroyan! Tak habis- habis nak buat hal. Kali ni sampai suruh Fiqa putus tunang untuk terima dia. Ingat Fiqa gila kot nak putus tunang semata- mata untuk lelaki macam dia tu!”
Darwin senyum sahaja mendengar bebelan Fiqa. “Lagi?” soalnya.
“Dia cakaplah yang dia mampu jaga Fiqalah, mampu bagi apa yang Fiqa naklah. Apa dia ingat Fiqa ni hadap sangat kot dengan dia..isshhh!! puhh-leassee lah..”
Darwin masih tersenyum.
“Yang Win ni pun dari tadi asyik senyum je kenapa? Suka ke dengar Fiqa kena ngorat dengan ayam tu?”
“Fiqa, tak nak ke terima boss Fiqa tu? Dia kan kaya, berharta, CEO company, dan kacak juga walaupun Win lebih kacak lagi..”
Fiqa tidak menjawab. Kakinya diatur ke kawasan wall climbing. Tiada sesiapa pula di situ pada malam itu. Darwin mengekori Fiqa tidak jauh di belakang.
“Kenapa ni, sayang?” Darwin menyentuh lengan Fiqa.
“Win masih tak percayakan Fiqa kan? Win masih tak kenal Fiqa kan?”
“Fiqa...bukan macam tu. Sini.” Tangannya dihulurkan buat gadis itu lalu mereka beriringan berjalan di kawasan taman permainan itu.
“Win cakap macam tu bukan untuk uji Fiqa. Win kenal siapa Fiqa, dan Fiqa pun kenal siapa Win. Kita tak akan buat sesuatu tanpa sebab kan? Kalau orang lain rasanya dah masuk hospital dah boss Fiqa tu dikerjakan. Tapi bagi Win, tak ada gunanya bergaduh sebab semua ni hanya satu...” Darwin menunjukkan dadanya dan selepas itu ke arah langit. Dahi Fiqa berkerut. Darwin masih tersenyum.
“Kalau hati kita tetap pada seseorang, sampai bila pun begitu, tapi bila ALLAH tak mengizinkan, jadi kadang- kadang hati tu pun berubah. Tapi Win sentiasa berdoa harap- harap Fiqa sentiasa untuk Win. I love you, sayang.”
Fiqa menatap mata Darwin. Mencari keikhlasan dari kata- katanya. Ya... dia menjumpainya.
“I love you too, Win.” Balasnya sambil tersenyum.
“Jadi sebelum kita kena tangkap khalwat kat sini, jum Win hantar Fiqa balik.”
Fiqa tertawa dan mengangguk bersetuju.
TERKEDEK- KEDEK Qeisha berjalan dengan kasut tingginya.
“Qeisha....boleh ke tak ni? Sini kita cuba lagi.” Alya cuba menghulurkan pertolongannya buat gadis itu.
“Eh, tak apa ke? Kau dah habis baca ke text untuk ucapan tu?”
“Alaa.. apa guna kawan. Nanti kau pulak tolong aku. Apalah kau ni, seumur hidup memang tak pernah pakai kasut tinggi ke?”
Qeisha gelak besar mendengar pertanyaan Alia. Sepanjang seminggu berada di Kem Pencarian Gadis Malaysia itu, Alya merupakan antara temannya yang rapat di samping Beyla dan Dania. Tapi kalau nak diikutkan, kesemua mereka dua belas finalis sangat rapat antara satu sama lain.
Kesemua mereka sangat peramah dan merendah diri. Tiada langsung yang angkuh ataupun berlagak diva. Jauh benar dengan tanggapannya sebelum ini.
“Bukan tak pernah pakailah. Last aku pakai pun masa raya tahun lepas. Itupun tak adalah tinggi- setingginya macam ni.” Qeisha menjawab sambil menunjukkan kasut tinggi lima incinya.
Alya tersengih sebelum bangun membantu Qeisha menyesuaikan diri dengan kasut tumit tingginya.