"EINFACHEN ITU SEDERHANA"

by AeZaL NaSA


p/s : click di label (right side) utk baca setiap episod... since da terabur sket neh..huhu (>,^)

Sunday, March 25, 2012

my favourite health education topic - FAMILY PLANNING/ CONTRACEPTION DEVICES

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;)

Okay kawan kawan..

Masa saya study dulu, ini topik terhangat yang saya selalu bentangkan.. Setiap kali ada pendidikan kesihatan, saya mesti pilih topik ni sebab saya tahu, memang akan dapat PERHATIAN.. hikhikhik (gelak manja nakal... Kellasss kau afzal)

Okay, topiknya adalah mengenai ALATAN KONTRASEPSI (CONTRACEPTION DEVICE).. Ataupun ayat mudahnya dipanggil, alat pencegah kehamilan..

Sebenarnya, majoriti penduduk di Malaysia sudah arif mengenai langkah ataupun alatan dalam pencegahan kehamilan. Dan ramai juga yang mengamalkannya untuk memastikan produk yang dihasilkan itu sesuatu yang berKUALITI dan bukannya sekadar KUANTITI..

Cuma nota ringkas,

Lelaki boleh melakukan 3 cara ini untuk mengelakkan pasangannya hamil iaitu - penggunaan kondom, vasectomy ataupun secara pembedahan pemandulan (langkah ini hanya dijalankan di luar negara *menurut lecturer saya ), dan juga kaedah tradisional iaitu withdrawal (atau pancut di luar)..

Kondom adalah satu satunya alat yang boleh mencegah penyakit berjangkit seperti HIV.. Dan kondom mempunyai pelbagai jenis, saiz, dan perasa... Oppppsss perasa?? Perasa itu sebenarnya cuma untuk mendapatkan aroma aroma yang manis sahaja.. Jarang sekali untuk dirasa.. :)

Tetapi Majoriti lelaki dan pasangan menggunakan kaedah withdrawal (pancut diluar) kerana sebab utamanya ialah - tidak memerlukan pengeluaran kos!! Dan sebenarnya teknik ini adalah yang paling kurang berkesan dalam pencegahan kehamilan. Ini kerana sebelum ejakulasi, akan berlaku pre-cum, dan itulah punca kehamilan boleh berlaku.

Untuk wanita, terdapat beberapa teknik yang diamalkan di klinik perancang keluarga di Malaysia iaitu:

- Pengambilan pil
- Suntikan Depo- provera
- Intra- Uterine Device atau alat dalam rahim.
- Implanon - sejenis strip halus yang ditanam di bahagian lengan.
- Surgery - Tubal ligation atau difahami dengan istilah 'ikat'.

Terdapat juga beberapa alatan lain, tetapi tidak dipraktikkan di klinik perancang keluarga dan tidak juga di jual di Malaysia seperti Female Condom (Femidom), Foam/ Span, Diaphgram/ Cap, dan Gel ( gel yang membunuh sel sperma).

Masa saya buat pembentangan dulu, orang ramai tertanya- tanya, "wujud ke kondom perempuan??"

Iyaaaa.. Memang wujud.. Cuma kerana cara pemakaiannya yang sukar dan messy menyebabkan kondom wanita jarang dipraktik. Pemakaian Femidom bagi wanita boleh diibaratkan seperti,
"Wanita Memakaikan Kondom Untuk Lelaki"

Sebenarnya pengamalan kontrasepsi ini bagus untuk menghasilkan produk yang berkualiti, dapat membantu faktor ekonomi sesebuah keluarga dan yang paling penting dapat mengelakkan gejala BUANG BAYI!

Kita BUKAN MENGGALAKKAN aktiviti seks luar nikah, tetapi ianya jauh lebih baik untuk TIDAK MENGANDUNG, daripada anda membuang bayi tidak bersalah itu.. :)

Okayy.. Saya rasa macam tengah buat health talk je tadi.. Hikhikhik.. Tapi ianya satu informasi yang sangat bagus untuk kita share walaupun sesetengah individu Masih malu- malu membincangkan soal ini apatah lagi mendapatkan nasihat dari pakar. Dan harus diingatkan, setiap langkah yang ditulis ini, anda perlu mendapatkan saranan dan nasihat dari doktor/ pakar dahulu sebelum mengamalkannya.. Jangan pandai pandai sendiri yee ;)

Jadi, sampai sini dulu pembentangan dari saya, saya harap tuan- tuan dan puan- puan dapat menerima topik perbincangan kita pada hari ini untuk kebaikan bersama. Sekian terima kasih ---------------->>OKAY dah lebih lebih pula.. Hikhikhik ;);p

Jumpa lagi.. Assalamualaikum tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;);):)

Friday, March 23, 2012

JUST LOVE STORY

Orang tanya saya, "kenapa suka buat cerpen/ storyline yang tak best last dia.. Mesti hero/ heroin mati atau couple tu tak long lasting.."

Begini sebabnya..

Saya BUKAN penulis yang menjadikan penulisan sebagai kariernya.. Saya menulis kerana mempelajari pengalaman saya dan ianya sebahagian besar dalam hidup saya ------> OKAY ENOUGH!!! Jawapan KLISEEE!! hikhikhik.. Tapi memang itulah jawapan sebenarnya. Setiap orang yang menulis, pasti bercakap hal yang sama.. ;) Tapi bezanya mungkin pengalaman seseorang yg menginspirasikannya terhadap tulisan.

Kisah cinta walaupun kita berusaha jadikannya indah, tetapi realitinya tak semuanya indah. Cinderella pun menghadapi waktu susahnya sebelum kahwin anak raja. Kemudian dikatakan cinderella bahagia.. Tapi setelah 20-30 tahun, masih bahagiakah cinderella?? Siapa pun tak tahu kan.. :)
Tapi walau apapun, selagi kita berusaha memahami dan bersikap 'baik' dengannya, CINTA akan selalu indah.. :)

Apa yang memberi saya inspirasi terhadap penulisan "sad ending"?? Kerana kisah B-BOY dan GUGIRL ;)

B-boy dan Gugirl berkenalan dalam satu perjumpaan ahli kelab/ persatuan sosial remaja (sosial sihat ;p). Mereka masih muda ketika itu. Baru habis SPM. Tapi bercinta macam orang dah nak kahwin. Sangat serius. Kemana saja pasti berdua. Pasti pakai couple-T.. Haihhh diorang ni banyak gilaa collection couple T..

Mereka saling memahami dan hampir sempurna. Gugirl sangat menarik perhatian B-boy. Gugirl bukan saja cantik, tapi cukup merendah diri dan sangat mengambil berat. Sehinggalah satu hari,
seorang doktor membincangkan,

"B-boy, kita akan buat scan, sebab kami suspek kemungkinan ada tumor dalam otak awak."

B-boy tak beritahu apapun pada Gugirl.. Setiap hari dia melayan Gugirl seperti biasa. Manjanya juga tak pernah hilang ketika bersama Gugirl.. ;)

Satu hari, B-boy dan Gugirl keluar bersama seperti biasa, masing masing berskuter. Itulah kegemaran mereka bersama. Puas meronda satu shopping mall,

"Gugirl balik dulu okay.. B-boy nak beli sumthing kat atas. Jum B-boy hantar kat skuter dulu."

sebenarnya bukan B-boy mahu membeli, tetapi sakit kepalanya menyerang.. Dia duduk berehat menanggung kesakitan di satu sudut. Telefon diraih menghubungi doktornya.

Belum sempat mendail, telefonnya berdering,

"B-boy, I love you.. Sorry Gugirl mungkin tak dapat jumpaaa.. Errgghh....."

Gugirl???

Gadis itu terlibat dengan kemalangan. Skuternya ditabrak kenderaan yang jauh besar darinya. Gugirl pergi semasa di dalam ambulans.

Sakit di kepalanya tidak dihiraukan, dikuatkan semangat menunggang ke hospital. Dan setibanya di pintu hospital, B-boy rebah... Sedar- sedar dia sedang berbaring di katil hospital..

"B-boy, Alhamdulillah, awak dah sedar, dan syukur juga kerana menurut laporan perubatan ni, awak cuma mengalami migrain yang teruk dan bukannya tumor.. InsyaAllah dengan beberapa rawatan susulan awak akan pulih"..

Air mata B-boy mengalir. Tak pasti untuk apa. Disangka dia yang akan meninggalkan Gugirl, tetapi sebaliknya pula yang berlaku..

Dan inilah kehidupan.. Tak semua yang kita sangka bakal terjadi.. Ianya semua ketentuan dari-Nya.. Siapa B-boy dan Gugirl, biarlah sesiapa yang mengenali sahaja tahu.. Yang saya tahu, i miss you.. Assalamualaikum ;)

Thursday, March 22, 2012

Filem - ESKUL

Ello peepszz..
Pos kali ni saya nak kongsikan satu movie dari negara seberang Indonesia, yang baru saya tonton di youtube semalam.. Tajuk dia menarik minat saya, ESKUL..

Kisah mengenai seorang remaja bernama Joshua yang mengalami penderaan sosial dari segi fizikal dan mental. Di rumah, Josh tidak dilayan dgn baik oleh orang tuanya, ibunya bersikap acuh tak acuh, dan ayahnya sering menggunakan KEKERASAN. Scene yg membuatkan saya agak terkedu masa Josh disepak secara tiba- tiba semasa makan. Fuuuhhhh.. Di sekolah pula, Josh dijadikan mangsa buli kerana dianggap bersikap pelik dan aneh. Bukan buli sikit- sikit, tetapi Josh dibelasah, dipermalukan, digantung di pagar, disumbat kepala di dalam toilet bowl dan banyak lagi kaedah bulian yg lain.

Jadi daripada seorang pelajar terbaik, Josh mula mengalami kemurungan dan kemerosotan. Sehinggalah dia membeli pistol dengan SEBUTIR peluru.. Josh ingin membalas dendam. Tapi dia melakukan dengan caranya sendiri yang pastinya memberikan kesan mendalam kepada mereka yg membulinya. TAPI dalam pistol hanya terdapat sebutir peluru.. UNTUK SIAPA??

So saya sarankan semua utk menonton filem ni. Sedikit susah dalam memahami kerana tiada subtitle. Tapi jika kita benar terima dari HATI, pasti boleh memahami. ;)

Filem ni sangat sarat dengan mesej, jiwa dan emosi. Banyak perasaan yg boleh kita pelajari dari ESKUL. Pemberontakan, belas kasihan, keprihatinan, keadilan, dan.... Cinta ;) . ESKUL. Love from me, Afzal ;)

Friday, July 8, 2011

Lawatan Amal di Asrama Darul Falah (ASDAF).

PADA 18 Jun 2011 (Sabtu) lepas, Aezal bersama rakan- rakan dari Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia 40 TWINTECH (Pengakap) dan geng- geng sukarela telah melawat ke ASDAF yang menempatkan 45 orang anak- anak yatim dari seluruh Malaysia.

Program ni sebenarnya kolaborasi antara TWINTECH, dengan pelajar- pelajar dari Universiti Malaya dan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Pelajar- pelajar UM mengadakan satu program yang dinamakan sebagai “MY KITCHEN GARDEN” di mana aktiviti utama program ialah bercucuk tanam sayur- sayuran sebagai alternatif bagi menampung perbelanjaan makanan di ASDAF.

Kami tak menanam banyak mana pun….. jadi hiasan dan pak pacak jep lebih… hahaha ;p .. kami cuma tanam pokok nenas (first time actually tengok pokok nenas!! Haha).. pastu yg lain- lain tu mcm pokok bendi, tomato, dan benih- benih yg lain tu semua student UM yg sangat cool settle kan.. mereka sangat hebatlah.. bijak pandai tu confirm confirm lah kan.. haihh… J cool guyz~~

Dan akhir sekali kami semua berkumpul dan sesi berkenalan sikit- sikit and briefing from each of faculty from TWINTECH.. nursing, engineering, biotech, and business.. nursing by PRESIDEN Fitri (hahaha.. ;p), and business by cool mummy yana saeko!!! Haha ;p

Lepas tu sesi bagi- bagi hadiah dan sumbangan, kemudian bersurai.. dan masa tengah jalan- jalan tu tiba- tiba ada seorang adik perempuan yang duduk kat ASDAF ni cakap.. “kita macam sedihlah kakak- kakak ni semua nak balik dah” (p/s: dia lupa ada ‘abang’ jugak time tu..haha.. takpe dik) .. so apakan daya, adalah pulak geng- geng pengakap saya yg tersedih lalu TERmengalirlah air matanya..huhuhu…

At the end, Aezal rasa puas lah selepas program ni berakhir.. actually sebelum ASDAF, kami plan nak ke satu rumah perlindungan yang lain tapi disebabkan hal- hal yang tak dapat dielakkan, kami tak dapat melawat ke sana.. kemudian pensyarah saya terjumpa ASDAF dan nampaknya sumbangan- sumbangan yang berjaya dikumpul tu rezeki buat anak- anak di ASDAF…  

Dan seperti biasa, Aezal masih berhadapan dengan situasi yang SAMA untuk program amal kali ni.. okay.. Aezal cuma teka je lah ni, tapi maybe betul jugak..

SITUASI: kita nak kumpul derma untuk satu badan kebajikan..
STRATEGI: kita kutip derma dari kenalan- kenalan dan orang ramai.. dan fokus utama mestilah di kalangan mereka- mereka yang berpendapatan tinggi..

***TETAPI!!! Untuk pengetahuan umum, bukan senang nak dapat derma daripada mereka berpendapatan besar atau daripada keluarga kaya. Maybe 30% je yang boleh hulur sikit. Dan ini mungkin sebab utama mereka tak nak derma ------ “Eh, aku ni gaji RM20 ribu.. tak kan nak derma 10 ringgit je kot.. malulah.. baik aku tak payah derma!” ..

THERE YOU GO… agak- agak betul tak ini yang mereka fikirkan.. boleh masuk akal lah kan?? ;p hey people, tak kisahlah berapa banyak yang awak nak derma asalkan ikhlas. Bila ikhlas, mesti semua tu berlebih- lebihan lagi.. hulur 10 ringgit dengan pendapatan 2 ribu sebulan, won’t affect anything lah bro or sis~~ ;p

Orang senang bercakap atau BERNIAT, “Aku nak buat amal”, tapi tak semua mampu jalankan amal.. mungkin ramai yang menyangkal, tapi itu kebenaran bila anda sendiri terlibat atau uruskan mana- mana program- program amal.. selepas itu baru anda rasakan..

Kalau nak menguji tahap KESABARAN dan KEIKHLASAN anda yang sebenar, cuba beramal dengan cara membawa kotak dan meminta sumbangan dari orang ramai.. Saya dan beberapa rakan saya pernah melaluinya.. saya dah merasa satu perasaan bila orang campak seringgit dengan muka bengis, muka sombong, dan pelbagai muka lagi.. dan apabila dihulurkan 5 SEN kemudian diketawakan even though tak kelakar langsung!.!.  

Haihh… macam- macam kerenah kan? so itu jep yang Aezal nak share dan apa- apa hal pun..ingat tagline~~~ YAKINI DIRI, HIASI PERIBADI.. InsyaAllah.. bye! Assalamualaikum J Aezal nak pergi bersejarah sekejap! Haha ;p 

Tuesday, April 5, 2011

Terkejut saya~~~~

Perkara ni saya tahu last week.. di sebuah kampung semasa melawat majlis tahlil seorang saudara yang baru meninggal dunia.. cerita punya cerita.. sembang punya sembang.. sampailah cerita bagaimana pengurusan jenazah yang meninggal itu..

"EH.. kita kat sini ada PAKEJ KEMATIAN.."

"Pakej kematian? apa tu?"

"Pakej kematian.. start dengan harga RM700.. pihak masjid sediakan kain kafan, penggali kubur, imam untuk bacaan talkin, dan 10 orang jemaah untuk solat jenazah..."

"Bayar untuk solat jenazah?"

"Ya... kalau pakej RM1000 dan ke atas, jemaah solat jenazah pun ramailah.."

"Selalunya, pihak keluarga hanya bayar untuk kain kafan, penggali kubur, dan sedekah untuk imam yang membacakan talkin. Itupun bukan semua imam yang ambil duit tu. Semua buat dengan ikhlas hati je. Dan jumlah semuanya tidaklah sampai RM150 pun. Kalau keluarga tu dari orang susah, macam mana dia nak bayar pakej sampai RM700 tu??"

"Entahlah..."

HAI...... first time saya dengar pasal pakej kematian ni. Rasanya majoriti antara kita pun terkejut bila tahu kisah ni kan? Bila KEIKHLASAN vs DUIT semata- mata.. aisshhh bahaya tu.. saya bukanlah ustaz.. cuma perkara- perkara macam ni.. just a common sense.. sama- sama kita fikirkan..  Assalamualaikum (>,^)

Thursday, January 27, 2011

EINFACHEN episod 13

QIMY masih tidak sedarkan diri. Sekujur tubuhnya terbaring longlai di katil ICU.

“Macam mana keadaan adik saya, doktor?” Airil terus meluru ke arah doktor yang merawat Qimy.

“Encik Qimy Aizril masih tak sedarkan diri buat masa ni. Luka di bahagian kepalanya dah dicuci dan dibalut. Laporan X-Ray dah dikeluarkan dan Alhamdulillah tiada tanda- tanda pendarahan atau kecederaan yang serius di bahagian kepala dan otak Encik Qimy. Pihak kami akan teruskan beberapa lagi rawatan susulan, dan jika ada apa- apa masalah Encik boleh bertanya saya atau nurse yang bertugas.”

“Thanks, doc”

Airil menghembus nafas lega. Najwa di sisi cuba menenangkan gejolak di jiwa pemuda itu. Tak dapat digambarkan perasaan Airil ketika mendapat panggilan dari pihak hospital mengkhabarkan kemalangan Qimy di Lebuhraya Persekutuan. Ketika itu Airil, Najwa, Muiz, Darwin dan Fiqa baru sahaja melangkah keluar dari dewan SACC setelah konsert kemunculan pertama PGM berakhir. Terus sahaja mereka menuju ke hospital itu.

Muiz, Darwin dan Fiqa yang menunggu di ruang legar hospital setia menanti sehinggalah kelibat Airil dan Najwa muncul.

“Doktor cakap tadi Qimy tak dapat kecederaan yang serius. Tak ada patah- patah. Cuma dia masih tak sedarkan diri lagi. Tapi setakat ni keadaan dia stabil..”

“Alhamdulillah….” Ucap syukur mereka bertiga hampir serentak.

“Saya rasa setakat ni tak ada apa- apa yang perlu dirisaukan. Jadi Abang Muiz bolehlah hantar Win, Najwa dengan Fiqa balik dulu. Saya stay kat sinilah malam ni. Parent saya pun dah dalam perjalanan ke sini.”

“Tak apalah, biar aku teman kau kat sini malam ni. Papa Muiz hantar Fiqa dan Najwa balik ya. Besok pagi Fiqa datang sini ambil Win okay?”

Fiqa mengangguk. Muiz dan Najwa turut sama mengangguk dan beransur pulang. Darwin dan Airil duduk di sofa yang disediakan khas di ruang legar hospital itu. Terdapat juga beberapa orang lain yang berada di situ. Ada yang berehat dan tak kurang juga yang melelapkan mata.

“Macam mana Qimy boleh accident tadi?”

“Entahlah, aku pun tak tahu. Tapi dengar kata tadi kereta dia tu 80% total lost!”

“Total lost? Haihh.. teruk jugalah dia accident.”

“Hmhm.. tapi yang peliknya, apa dia nak buat kat Shah Alam? Petang tadi aku ajak ke Shah Alam tak nak pula dia ikut. Ni mesti ada kene- mengena dengan ‘awek converse’ ni.”

“Awek converse?”

Airil mengangguk. Darwin masih tertanya- tanya. Blur..

******************************
“WOOOOOOO!!! Assalamualaikum lone ranger team semua! May God bless you!”
Fitri yang lewat hampir 20 minit dari masa yang dijanjikan, masuk ke lecture theatre dengan selamba dan gaya tersendirinya. Rakan sekelasnya yang lain hanya mencebik dan meneruskan fokus mereka terhadap kerja- kerja memotong kain dan kertas, mengangkat barang- barang perhiasan, dan menyusun atur kedudukan kerusi.

Hari Ahad ternyata bukan hari untuk berehat- rehat dan bersenang- lenang untuk mereka minggu ini. Pada hari ini juga mereka perlu menyiapkan dekorasi penuh pentas dan dewan sempena Sambutan Hari Jururawat peringkat kolej mereka pada esok hari.

“Eh! Mr. Darwin mana?” soal Fitri.

“Hang ni lah! Dahlah mai lambat! Pastu dok tanya itu ini lagi. Nah ambik ni. Tiup semua belon- belon tu sampai kembong camni!”

Ika si komandor kelas mula membebel. Suaranya sahaja mampu memberi hayunan angin yang kuat dan mampu menghempas daun pintu untuk tertutup kemas! Pergghhhh! Hiperbola sungguh!

“Aku tanya ja ika… meh laa semua belon- belon ni aku tiup..” Fitri dengan ayat- ayat merajuknya mengambil sepeket belon untuk ditiup dan duduk di satu sudut dengan muka yang kesedihan itu!

Tawa mereka semua mula kedengaran. Dan dalam banyak- banyak, pastinya tawa si Rafishah atau Nora Danish ataupun kini yang lebih popular dengan panggilan Ixara yang paling over sekali kedengaran.

“Apalah hang ni Walid! Dak Ika baru gertak sikit hang dah kecut! Harapkan badan ja teguh dan memukau!”

“Diamlah Fisha! Dahlah makin gemuk sekarang ni!”

“Haaaaaa… part macam ni aku sensitif sikit. Ni aku ada pantun sikit untuk hang. Lemak- lemak si jantung pisang, lemak lagi jantung hatiku, walau lemak penuh di pinggang, apa hang ingat aku tak laku?”

Makin bergemalah jawabnya dewan itu dengan tawa dan jeritan daripada mereka semua. Sampai terduduk- duduk, dan terbaring lagi!

“Assalamualaikum semua! amboi bukan main kuat lagi kamu semua gelak ya? Apa yang kelakar sangat ni? Kalau dekan nampak tadi, habislah awak semua dapat ceramah free!”

“Tak ada apa- apalah Mr. D.. faham- faham sajalah kerenah si Rafisha ni!” Fitri masih tak puas hati!

“Apa pulak aku! Hang lah yang mula dulu tadi!”

“Sudahlah tu Nora Danish, Fitri. Sorry saya lewat ni. Semalam kawan saya masuk hospital, ni pun saya dari hospital. Dengan tak mandi selamba je datang sini! Dan..ni saya kenalkan, tunang saya, Fiqa.”

“Lawanya…. Hai Kak Fiqa. Saya Rafishah, tapi kalau nak senang boleh panggil Nora atau Ixara..”

Fiqa menyambut salam Rafishah dan pelajar- pelajar Darwin yang lain. Pertama kali dia bertemu mata dengan mereka ini. Sebelum ini hanya mendengar cerita dari Darwin sahaja mengenai mereka. Seronok pula melihat mereka bergurau- senda tadi. Seperti adik- beradik sahaja.

Fiqa sengaja menemani Darwin ke kolejnya selepas menjemputnya dari hospital pagi itu. Bosan pula jika tidak melakukan apa- apa aktiviti pada hari minggu itu. Najwa juga sudah seawal subuh lagi menuju ke hospital.

“Hmhm… ada apa- apa yang akak boleh tolong?”

“Tak apalah, kak. Duduk je kat sana tu dulu. Biar kami je buat semua ni.”

“Eh apa pulak duduk saja? Beri sini kertas tu sikit akak tolong potong huruf- huruf tu.”

“Bagi je semua kertas tu Aina suruh dia potong. Mana aci nak duduk- duduk kosong aje!” Darwin tiba- tiba mencelah perbualan Fiqa dan pelajarnya, Aina.

“Elehh.. senang ajelah kerja ni.. Win dok tunggu apa lagi? Pergilah beli makan- makan sikit. Kami semua dah lapaq ni!”

“Aisshhhh…awak semua ni dah bagi pengaruh yang kurang baik kepada tunang saya ni. Tiba- tiba pulak boleh tukar tune jadi orang utara jugak ni?”

“NO COMMENT, MR. D!!” jawab mereka semua serentak.
Darwin hanya menggeleng.

Wednesday, October 27, 2010

EINFACHEN ep 12

“Dipersembahkan kepada anda….dua belas finalis Pencarian Gadis Malaysia ‘most beautiful, most elegant, and the most brilliant’!!!!”
            Seiringan dengan pengumuman daripada emcee bertugas, muzik rancak dimainkan dan kedua belas finalis keluar ke pentas utama sambil memperagakan dress dan busana hasil rekaan beberapa pereka fesyen tempatan yang tersohor. Mereka berjalan mengelilingi pentas dan akhirnya berdiri sebaris di tengah pentas.
            Masing- masing berdiri dengan penuh keyakinan. Jurukamera daripada pelbagai syarikat penyiaran berpusu- pusu mengambil shot terbaik.
            “Berikan tepukan gemuruh sekali lagi buat kesemua finalis PGM di atas pentas kini..”
            Tepukan gemuruh yang diterima menerbitkan senyuman mekar di bibir gadis- gadis PGM. Mereka berasa sangat terharu dan terkejut dengan sambutan dan sokongan yang diberikan oleh penonton.
            “Anda sudah mengenali siapakah juri- juri pertandingan ini, tetapi tidak mereka. Untuk pertama kalinya kami akan pertemukan peserta- peserta Pencarian Gadis Malaysia dengan juri yang dilantik bagi mengadili mereka, dan diperkenalkan juri kita yang pertama, Doktor Hariz Danial!!!” Sorakan dan tepukan gemuruh bergema.
            “Juri kita yang kedua, the one and only, Miss Mia Elregina!!!” Peserta PGM sendiri berasa sangat teruja apabila melihat Mia keluar dari sebalik pintu yang berputar. Sangat jelita!
            Di satu barisan penonton, Darwin, Fiqa dan Najwa berdebar melihat reaksi Qeisha apabila tiba giliran juri ketiga yang bakal keluar nanti. Risau jika gadis itu kembali lemah apabila berhadapan dengan Adam dan kali ini bersama Nadia pula.
            Fiqa dan Najwa sudah berpegangan tangan dengan erat sekali. Cuba mengikis kegusaran di hati mereka. Jantung mula berdegup laju.
            “Dan tiba giliran juri kita yang ketiga. Kedua- duanya sama cantik, sama padan, dan sama popular. Yang seorang merupakan penyanyi yang baru- baru ini memenangi anugerah penyanyi lelaki terbaik, dan seorang lagi pelakon filem yang tidak asing lagi, jadi dipersilakan kini…. Adam dan Nadia!!!!”
            Qeisha terkedu! Senyuman dibibirnya mati serta- merta. Wajahnya dipalingkan kepada dua objek yang berjalan ke hadapan pentas kini. ‘Memang dia!’
            “Okay sekarang kita minta juri- juri semua duduk di kerusi juri di bawah. Dan pengumuman ini merupakan satu kejutan buat peserta Pencarian Gadis Malaysia kita, selepas kita berehat seketika nanti anda semua akan kembali ke pentas ini untuk sesi soal jawab spontan bersama barisan juri kita. Anda akan mencabut undi untuk mengetahui siapakah juri yang akan menyoal anda dan seterusnya jawablah soalan yang diberikan itu mengikut pendapat dan pengetahuan anda. Jadi kita akan berehat sebentar dan kembali lagi selepas ini….”
            Muzik kembali dimainkan dan peserta- peserta kembali ke belakang pentas mengikut giliran. Tepukan gemuruh berterusan buat mereka.

QIMY meneruskan pemanduannya dengan tenang walaupun kekadang mencecah sehingga 160 km/j!! Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
            “Aishh…kalau aku tahu dari awal yang awek converse dah tukar jadi awek high heels macam tu, dah lama aku follow Airil je!”
            Bebelnya seorang diri.
            “Maknanya selama ni awek converse ni kawan dengan Najwa lah… adoii keciknya dunia. Kalaulah aku kenal dia dari dulu dah lama dah naik pelamin ni. Silap- silap da jadi bapak budak dah aku ni agaknya!”
            Masih terus membebel. Siap sempat berangan lagi. Tangannya menyeluk saku mencari telefon bimbitnya dan nombor Airil segera dihubungi. Tak dapat!
            “Aduh…. Mana nak dapat. Mestilah kena silent phone duduk dalam tu.. alamak.. sempat ke tak ni..!” Qimy menyungut. Jam di dashboard dipandang sekejap- sekejap.
            “Time- time macam nilah aku rasa nak beli helikopter sekarang jugak! Bila nak sampai ni?!”

“SEKARANG tibalah giliran peserta terakhir yang akan berdiri sendirian di pentas utama ini menghadap juri- juri kita. Namanya memang unik. Jarang saya jumpa dan jarang kita dengar juga. Namanya secantik pemiliknya, dan gadis ini merupakan antara mereka yang mengekalkan prestasi terbaik semasa di Kem PGM. Beliau cukup tegas, tabah, dan kuat mental dan fizikalnya disebalik kelembutan dan kesopanan yang ditonjolkan. Dipersembahkan kini diatas pentas PGM, Qeisha Safira Binti Ghazally, atau Qeisha.”
        Tepukan diberikan buat Qeisha. Fiqa dan Najwa bersungguh- sungguh bersorak sambil mengangkat kain rentang bertulis ‘QEISHA’ diatasnya. Kamera siap fokus pada mereka lagi. Tak sia- sia usaha mereka menyiapkan kain rentang itu. Dapat juga menyelit dalam televisyen. Patutlah Najwa bukan main glamour lagi melaram!
Di kerusi juri, jejaka itu berlagak tenang apabila mendengar nama dan melihat Qeisha dihadapannya. Hanya sekali sahaja dia pernah melihat Qeisha sejelita itu iaitu semasa majlis annual dinner kolejnya dulu sepanjang perkenalan mereka. Dalam hati dia memohon agar namanya yang dipetik Qeisha sebagai juri untuk menyoal soalan.
“Okay Qeisha, awak boleh pilih sampul mana yang awak berkenan.”
Qeisha menarik sampul berwarna ungu dari tangan emcee itu.
“Oh..ambil sama warna dengan baju ya..?? okay, Qeisha telah memilih…”
Debaran bertandang di jiwa Qeisha, ‘harap- harap bukan Adam!’.
“Mia! Jadi Mia boleh tanyakan apa- apa soalan kepada Qeisha. Silakan.”
Qeisha menghembus nafas kelegaan. Fiqa dan Najwa juga begitu. Lagaknya seperti mereka saja yang sedang bertanding! Siap ikut gementar lagi!
“Hai Qeisha.. cantik dan sempurna sungguh ciptaan Allah di hadapan saya ini..” Mia memuji diiringi tepukan gemuruh penonton. Qeisha tersenyum manis.
“Okay Qeisha, sebenarnya saya sendiri dah habis senarai soalan yang saya buat tadi. Jadi ini soalan spontan juga dari saya, bagi diri Qeisha sendiri apa yang akan Qeisha berikan kepada seseorang itu apabila kalian sudah membina hubungan yang dipanggil percintaan?”
Qeisha mengangguk sambil terus tersenyum. Gundah di hati cuba ditangkis. Jantungnya masih berdegup kencang bukan kerana soalan yang ditanya, tetapi kerana renungan Adam yang begitu tajam kepadanya.
Qeisha mengambil sedikit masa untuk memikirkan jawapan yang sesuai. Dengan lafaz Bismillah di dalam hati, Qeisha mengangkat mikrofon menghampiri bibirnya.
“Assalamualaikum dan terima kasih Cik Mia untuk soalan tadi. Menyebut soal percintaan, secara jujurnya saya takut untuk menerima cinta sekali lagi selepas pengalaman dulu tak membahagiakan…..” Qeisha memberanikan diri membalas renungan Adam. Adam tewas.
“Dan kerana pengalaman yang lalu juga saya hampir hilang keyakinan diri saya. Tapi kini saya bukan Qeisha Safira yang dulu…yang naïf dalam segala hal. Saya tak dapat menjangka apa yang perlu dan akan saya lakukan untuk percintaan akan datang tetapi apa yang saya tahu, saya akan bersederhana dalam percintaan itu nanti…”
“Sederhana? Qeisha tak takut boyfriend lari ke?” Mia menyoal lagi sambil ketawa sedikit.
“Mari sama- sama kita cuba fahami puisi ini, ‘aku ingin mencintaimu dengan sederhana, lewat kata yang yang tak sempat diucapkan, awan kepada air yang menjadikannya tiada. Aku ingin mencintaimu dengan sederhana, dengan kata yang tak sempat diucapkan, kayu kepada api yang menjadikannya abu…’. Walaupun kita tak pernah ucapkan cinta itu, tak bermaksud kita tak mencintainya. Saya tetap akan mencintai, melindungi, mempertahan, dan mempercayainya sehinggalah cinta yang sederhana itu menjadi sebanyak- banyaknya apabila sudah tertulis itulah jodoh saya dari ALLAH... dan ketika itu saya tak akan lagi ragu untuk ucapkan rasa ‘cinta’ itu…”
“Qeisha…jawapan awak tadi sebenarnya sudah menyedarkan ramai orang tentang apa itu cinta sebenar yang cukup tulus dan ikhlas. Terima kasih Qeisha, jawapan yang sangat baik...” Ucap Mia. Ternyata dia berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Doktor Hariz disebelahnya turut mengangguk- anggukkan kepala bersetuju.
“Terima kasih..” Qeisha membalas tenang dan berlalu semula ke belakang pentas. Tepukan gemuruh berkumandang lagi untuknya. Siaran direhatkan sebentar bagi mendengar pesanan penaja.
Dibelakang pentas Qeisha diserbu rakan- rakan seperjuangannya yang lain termasuk juga krew- krew produksi di situ. Mereka memuji akan kelancaran Mia menjawab soalan daripada juri sebentar tadi. Qeisha Cuma tersenyum merendah diri.
Dengan melalui beberapa ‘lorong tikus’ di belakang itu, Qeisha akhirnya menemui satu pintu yang membawanya kebahagian belakang dewan konvensyen yang menghadap jalan raya yang tidak terlalu sibuk. Jiwanya cuba ditenangkan. Perasaannya bercampur baur. Nafasnya ditarik dalam dan dihela semahu hatinya.
Sungguh perasaannya sukar ditafsirkan apabila melihat Adam di depannya dan diperkenalkan sebagai juri. Rasa itu juga menerjah apabila melihat kemesraan antara Adam dan Nadia. Dan rasa itu juga menerjah apabila Adam tajam merenungnya tadi. Kepalanya berserabut memikirkan maksud renungan Adam tadi. Tetapi apa yang Qeisha tahu…itulah renungan yang pernah dirinduinya…….
“Qeisha…..”
Qeisha menoleh. Adam…..
“Dah lama kita tak jumpa… Qeisha apa khabar?”
Qeisha membatukan diri. Perasaannya cuba dikawal. Bibirnya diketap kuat. Adam mengeluh.
“Win, Fiqa, Najwa, Papa Muiz semua sihat?” soal Adam lembut.
Qeisha mengangguk kecil. Adam tersenyum.
“Adam masuk dulu. Qeisha jangan duduk sini lama- lama sangat ya..” Adam berlalu.
Qeisha kembali merenung pemandangan kosong dihadapannya. Ingatan dari Najwa menerjah kotak ingatannya.
“Qeisha….walau macam mana kasar sekalipun perbuatan Adam pada Qeisha dulu, jangan pernah balas dengan kekasaran juga sebab itu bukan diri Qeisha yang sebenar. Tolong Adam sedar kesilapan dirinya. Bukan sedarkan dia untuk melutut balik depan Qeisha…”
“Sabar….ikhlas…..” dua perkataan itu tiba- tiba berdetik di hati Qeisha.
Qeisha menarik nafas sedalam- dalamnya sekali lagi mencari kekuatan. Kakinya kembali melangkah masuk ke dewan konvensyen.



Aku ingin mencintaimu dengan sederhana,

Lewat kata yang tak sempat disampaikan,

Awan kepada air yang menjadikannya tiada.

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana,

Dengan kata yang tak sempat diucapkan,

Kayu kepada api yang menjadikannya abu.