"EINFACHEN ITU SEDERHANA"

by AeZaL NaSA


p/s : click di label (right side) utk baca setiap episod... since da terabur sket neh..huhu (>,^)

Monday, April 30, 2012

SHAHIRATICS, they the best Fans Group!

Assalamualaikum kalau tak jawab dosa, kalau jawab, sayang!!! ;)

Ok. Entry kali ni saya nak kongsikan dgn anda moment terindah yg berlaku sabtu lepas, yakni 28/4/2012.. Haha..

Saya boleh dikatakan peminat tetap program realiti Akademi Fantasia (AF) dari musim pertama sampai ke lapan.. Kecuali AF 7 N AF 9 coz ade kurengg sket laa.. AF 4 orang cakap paling SURAM, tapi bagi saya, vocal quality from AF 4 was quite cool ;)

Bagi saya:
AF 1 - Paling JUJUR.
AF 2 - Raising in vocal quality.
AF 3 - Kehebatan AURA.
AF 4 - Peserta wanita dominasi vokal.
AF 5 - Juara wanita pertama dan dominasi peserta remaja.
AF 6 - Kelahiran pop princess. Peserta veteran pertama!!
AF 7 - Peserta lelaki dominasi. Peserta wanita agak boring... But credit to aisyah yg merupakan antara sebab orang mengenali yuna dengan DAN SEBENARNYA.
AF 8 - FAVOURITE SAYA!!! *Adira for sure. ;p. Peserta pertama dengan braces 'gigi besi' ..
AF 9 - Pertama kali final concert secara open air.

Dalam banyak- banyak ni, saya selalu tengok secara live semasa AF 3.. zaman zaman mawi. Hahaha ;p. Sebab stadium melawati tu sekangkang kera jep dengan rumah. So tiap minggulah layan. Yg lain lain tu, tengok live time final concert jep.. Dan yg saya sokong mesti kalah! Hahaha. Syok sendiri jep cheers sorang sorang. ;p

Kawan kawan saya tahu dan paham sangat yg saya ni minat gilaaa kat ADIRA.. hahaha.. Mahu tak, punyalah taknak pergi tengok sorang2, saya sanggup kuar duit bayarkan tiket utk kawan saya 2 orang n my kakak utk pergi tengok final AF 8..

TETAPI yg tak puas hati tuh.. Diorang sorak lebih time shahir jep.. Time ADIRA, aku sorang jep yg jerit kat situ.. Cesssssss!!!! Hahahaha

Kat luar stadium siap beli lagik t-shirt purple muka Adira, gelang tangan manik ADIRA... hahahaha.. Lawak laaa bila ingat ingat.. N.. Pastinya BERRYS INNERSHINE juge (tu mata shining shining tuuu).. Hahaha ;)

DAN Adira end up wit second place.. Good job girl!! ;)

Dan selepas habis AF 8.. saya jumpa satu fan club yg bergelar SHAHIRATICS - SHAHIR + ADIRA FC.. ok.. LIKE kan aje laa.. So saya jadi stalker biasa jep page ni.. Suka tengok post post mereka.. Baca Novel online mereka (fav saya DIA TIDAK KECIL LAGI).. Gambar2 candid moment yg sweet without editing..

Tapi lama- lama saya rasa SHAHIRATICS ni bukan sekadar page fan club suka suka kat facebook.. Mereka sangat kuat menyokong shahir dan adira dlm kerjaya seni, sangat menghormati satu sama lain, dan sangat bersatu hati..

"Kerana Kampung Ini Cerita Kita", menggelar diri mereka orang kampung fenin lalat, menggelar shahir dan adira dgn gelaran 'tok dan opah', dan beberapa perkataan RASMI penduduk seperti OD, sayy, dan beberapa lagi.. Wauuu.. Bagi saya, betapa untungnya seseorang artis itu jika mempunyai kelab peminat yg begitu kuat sebegini..

Mereka mungkin tidak mempunyai ahli yg ramai.. Fan page pertama mempunyai 10ribu likers sebelum di hack dan dilupus, dan come back with new one baru mempunyai 6000++ likers.. Tetapi semangat dan keriuhan mereka itu..

ADOII!! Dah macam kenduri kahwin!! Hahaha ;)

Dan ape yg berlaku pada 28 april lepas.. Yeahhh. Jika anda tahu di astro ria sedang berlangsungnya program MANIA.. dan Adira adalah salah seorang peserta yg menyertainya. Tugasan pada konsert ketujuh itu ialah menyanyi duet bersama penyanyi undangan and suprisingly Adira memilih SHAHIR yg lama menyepi.. :)))

WOOOOO terus riuh kampung shahiratics.. Semua pakat pakat kumpul kat balai raya nak susun strategi. Ahakk!! ;)..

Lalu.. Berkumandanglah KUPINANG KAU DENGAN BISMILLAH dengan jayanya sehingga saya repeat tengok di youtube dan ulangan astro berkali kali. Part last tuh MAHAL.. TERBAEKK CHUUII.. ;)

BUKAN nak usik lebih lebih atau OD lebih lebih.. Cuma mereka memang sangat get into each other.. Wahh *bermotif ayat ni. Haha ;)

Sejujurnya saya masih dlm mood excited lepas show tu. Setiap hari mesti singgah shahiratics. Dan paling tak boleh blaa bila saya dah start ber wall post di sana siap join OD sama lagi.. ;D!!!

Saya memang pernah bermimpi menguruskan majlis kahwin shahir dan adira.. Hahaha. *mungkin terbawa bawa sampai masuk mimpi!!! Haha. Dan sememangnya da jadik impian seluruh penduduk kampung fenin lalat kan.. ;)))).. But lets juz go with the flow.. Kalau ade jodoh tak kemana.. Bila mencinta, pasti kau kupinang dengan BISMILLAH..

Jadi to all Shahiratics, stay chill.. Dan saya rasa usaha anda sangat dihargai semua pihak.. ;)) kepada yg blum like, sila segerakan okay ;)
FB fan page: SHAHIRATICS

Dan kepada JKKKKK kampung, saya berminat utk apply jawatan tok kadi nikah kahwin di kampung fenin lalat.. Dah expert jugaklaa walaupun tak berpengalaman sendiri lagik.. Cerai cerai taknak!! Hahahhaa.. Pun boleyy!! ;)


Okay itu saja utk di malam hari pekerja ini.. Haha.. Assalamualaikum.. Kalau tak jawab dosa, kalau jawab love u lahhhh.. ;) Saya, Afzal.. ;)

FB : AFZAL ZAZAL
Business FB Account : Kahwin Jom Desgn
FB fan page : Kahwin Jom!! Design

Tuesday, April 17, 2012

JAGA TEPI KAIN .... POSITIF!!!

Assalamualaikum.. Kalau jawab pahala ;)

Hmhm.. "Blog ruang bagi afzal tuu banyak citer pasal seks je!!!"

Ehhhhh hello!!!!! Direct ke topik topik saya pasal seks? Ade ke seks story? Ade ke langkah langkah membuat seks supaya lebih sedap? Ade?? Adee??? Haihhhh.. Lain kali bacalah sampai faham.. Dan yg paling penting, TOLONG baca sampai habis..

Aissshhhh.. Permulaan yg kurang mood sedikit tadi atas tuduhan tuduhan kurang berasas.. Ape ade hal.. Rilex rilex aje chuii..

Ok settle!! So entry kali ni, saya nak tulis atau sebenarnya saya nak ulas semula tentang satu topik (dalam surat khabar) iaitu:::

"JAGA TEPI KAIN BOLEH MENYELAMATKAN REMAJA DARI TERJERUMUS KE KANCAH NEGATIF DAN SEKS"

Hmhmhmmm. Sebagai remaja *especially yg bermasalah!!*, mereka suka menggunakan ayat ayat seperti dibawah:

"Jgn nak jaga tepi kain oranglah, tengok anak kau tu betul ke tidak.. Pakai tudung litup je lebih, tapi kat bukit bintang 'bogel' jugak!!"

"Apa ni mak/ ayah/ abang/ kakak/ makcik/ pakcik/ atok/ nenek -- sibuk sibuk pasal hal aku. Jangan lah sibuk nak ambil tahu. Aku dah besar!! Boleh fikir dah yg mana baik, yang mana buruk"
*BOLEH ke fikir???????? ;)

atau ayat yg canggih sikit..

"Eh hello!!! Please okay. My life is my business!! Don't ever you dare to interfere!!!"
*wooooooooooooooo sereemm mehhh!! Haha

OKAY!! Menurut pakar psikologi, di atas ini adalah antara ayat- ayat dari remaja remaja di luar sana yang sedang diulit, atau sangat mendambakan kehidupan sosial seperti icon icon mereka. Could be Paris Hilton, Lindsay Lohan, or even Britney Spears.. ;)

MENJAGA TEPI KAIN??? okay cuba kita tengok perumpamaan ini dalam konteks yang berbeza............



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>




JUMPA?????? hmhmm.. Ade ya ade tidak. Secara positifnya, jaga tepi kain ini samalah maksudnya dengan mengambil tahu, mengambil berat, prihatin, dan sebagainya TETAPI secara tidak keterlaluan.

Sebenarnya, dengan wujudnya rasa menjaga tepi kain positif ini, ibu bapa, kakak, abang, makcik, pakcik, atok, nenek dapat membendung sesuatu perkara yang bakal memburukkan imej dan masa depan seseorang remaja.

TETAPI.. dalam membendung, jangan pula terlalu mencegah sehingga remaja tersebut merasa terkongkong...... Kita kena BERI PELUANG!!

BERI PELUANG?????? suruh dia pergi club ke?? Suruh dia buat MAKSIAT ke??

Aisshhhhhh!!! Bukan!!!

Seperti saya tulis tadi, sesetengah remaja ini, belum pun sempat merasa nikmat bersosial, jadi beri mereka pendedahan dengan SISI GELAP kehidupan di dunia ini..

Banyak cara untuk kita beri mereka pendedahan seperti menunjukkan secara live, menggunakan media, dan sebagainya.. Tujuan kita memberi pendedahan awal ini ialah sebagai persediaan MENTAL kepada remaja ini supaya tidak TERKEJUT!!!

Tetapi caranya harus betul.. Kalau kita memilih untuk tunjukkan sisi gelap itu secara live! Buat dengan penuh tertib.. Jika kamu memilih masuk ke kelab malam, janganlah SI PEMBAWA lebih over dan ikut sama hanyut!! Itu bukan pendedahan, tetapi PENGGALAKKAN!!

Pendedahan yang baik mampu memberikan impak yang besar dalam minda remaja.. Bayangkan jika mereka terlalu naif, duduk di kampung, tetapi gejolak jiwa meronta- ronta dan terumbang ambing, dapatkah mereka bertahan bila bersendirian di KOTA KUALA LUMPUR ini?? Nampaknya...... Mereka itulah bakal lumpur- lumpur hanyir di Kuala Lumpur.. -,-

TETAPI.. masalah juga timbul apabila KELUARGA tidak mengambil tahu langsung tentang pergolakan jiwa remaja ini.. Bagi mereka anak itu sedang membesar dan dia sudah tahu berfikir mana yang baik dan buruk. Serta bermati- matian mengulas bahawa mereka MENDIDIK anak bukan dengan memukul, tetapi menggunakan PSIKOLOGI!!!!..

Untuk golongan seperti ini, soalan saya satu je.. "Awak bercakap mengenai PSIKOLOGI... Tapi awak FAHAM ke maksud sebenar psikologi itu dan cara implementasi dia???" dan 100% mereka yang disoal balik ini, akan TERCENGANG- CENGANG!!

Haihhhhh.. Jadi jangan sedap cakap aje okay.. Kaji dulu, baru tahu.. Dan... Kadang- kadang ayat- ayat yang keluar dari mulut jiran- jiran yang K-PO-CHEE itu agak menyakitkan.. Tetapi jangan pulaklah kita sedap pergi sound:

"Heyy!! U jaga hal sendirilah!! Who are you to judge people???"

*wooooooooo be careful dengan ayat ini ye.. Sebab bila- bila masa anda boleh terkena balik dan seterusnya MENUNJUKKAN kelemahan atau kesalahan diri anda sendiri..

Kata PINTAR PSIKOLOGI..... jadi kenalah bijak bezakan kata kata nista jiran anda itu JUDGEMENT or PERCEPTION.. 2 perkara yang amat berbeza.. ;)

Ok, so cukuplah untuk kali ni.. Yakini diri, hiasi peribadi.. Assalamualaikum tak jawab dosa, kalau jawab sayang.. ;)

SISI GELAP itu ada.. Kamu perlu mencari.. Tapi perlukah kamu MASUK ke dalamnya??? -,-



1.50 am.. 18 April 2012 ;) _ruang bagi afzal

Thursday, April 5, 2012

GIGITAN CINTA..... LOVE BITE ;)

Assalamualaikum.. Tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;)

Ok seperti di gembar gemburkan, entry kali ni saya akan tulis mengenai topik yang agak HANGAT bagi pasangan yang HANGAT bercinta yang pastinya sedang HANGAT memadu asmara.. Ihikk ;)

GIGITAN CINTA atau GIGITAN ASMARA atau standard sikit, LOVE BITE!!

Hmmm.. Siapa pernah tengok rupa love bite?? Ihikk.. Senyap senyap je laa kan.. Rupa fizikal dia kalau diteliti seperti kesan lecur terkena minyak panas.. Dan kadang kadang macam tanda lahir (birth mark) pun ade jugak..

Menurut pakar,, perkara utama yang mendorong kepada terjadinya aksi gigitan ini ialah, KEGHAIRAHAN!! keghairahan terhadap pasangan dari segi ransangan seksual. Dan gigitan cinta ini boleh terjadi dimana saja seperti dagu, leher, dada, dan juga punggung! Dan bila bila masa???? Yeahhh dalam kereta pun sempat kan.. Haisshhh!!

Perlu atau tidak gigitan cinta / love bite ini??

Jika disoal sama ada perlu atau tidak, ianya bergantung kepada kehendak seksualiti seseorang individu.. Bukan sahaja yang memberi, tetapi juga yang menerima.. Kerana boleh jadi si pemberi tidak gemar menggigit, tetapi si penerima mengidamkan gigitan.. Ianya bergantung pada individu tersebut.

TUJUAN entry ini sebenarnya bukan untuk mengajar cara cara menggigit, tetapi saya ingin menulis beberapa minor topic mengenai LOVE BITE..

Jika kita kaji selidik perkara ini sekarang, mereka yang mempunyai LOVE BITE mempunyai pelbagai cara menyembunyikannya seperti:

- Tampal plaster - agaknya sampai berdarah kot..
- Tampal koyok - leher sakit yeee???
- Cover dengan shawl - cuaca kat Malaysia kan sejuk, kena lah bermafla sikit..
- Tepek alat kosmetik - habis foundation sebotol cik kak..

Hmmmm, tapi kumpulan yang ini boleh dianggap OK sikit lah sebab masih ade rasa malu nak tunjuk.. WALAUPUNNNNN~~~ ihikk!!

Tapi ada sesetengah pula, yang tak sensitif terhadap persekitaran.. Malah cukup berbangga kerana ada 'tanda cinta' itu.. Hahaha.. Selagi boleh didongak kepala, selagi tu nak tunjuk!! Mesti dalam hati dia cakap, "tengok ni, i ade luv bite dari bf i~~"..
Dan kita yang jengkel melihat ni pun akan cakap, "perrrggghhh camni punya berdaki leher pun bf kau selera nak gigit???? Euuwww!!" hahaha.. ;))

Dan satu kisah di sebuah sekolah perempuan swasta.. BUKAN di Malaysia.. Pelajar- pelajar di sekolah itu sangat taksub mengenai perlumbaan aktiviti sosial. Masing- masing akan berlumba siapa yang mempunyai love bite TERBANYAK, aktiviti luar TERBANYAK, tatu TERBANYAK, dan siapa paling cepat kehilangan DARA.. Di sekolah itu, pelajarnya lebih berkuasa daripada guru. Setiap kali masa pendidikan sukan dan kesihatan, aktiviti sukan yang mereka gemari ialah MELOMPAT dan menumbuk- numbuk perut. Dengan tujuan 'menjatuhkan' apa apa yang terlekat!! Dahsyat kann??

Itu cuma selingan, dan ini adalah kisah benar yang terjadi akibat gigitan cinta. Seorang lelaki melakukan love bite pada pasangannya. Dan selang beberapa hari, wanita itu jatuh pengsan dan didapati mengalami Strok dan lumpuh sebelah badan.. Bagaimana ia terjadi???

Ketika melakukan gigitan, lelaki itu dalam keadaan yang cukup ghairah mengakibatkannya memberikan gigitan yang agak kuat kepada pasangannya. Akibatnya, gigitan itu telah menusuk ke pembuluh darah mangsa yang mengakibatkan terkumpulnya darah beku di salur darah terbesar itu.. Seterusnya darah beku itu mengalir ke otak yang pastinya memberikan komplikasi sedemikian.. Dan kini wanita itu masih dalam keadaan strok..

Hmhmmm.. Jadi masih mahu ber LOVE BITE?? Fikirkan juga keselamatan dalam kesedapan yeee.. Memang jarang berlaku, tapi takkan nak tunggu jadi pulak kann? Ihikk!!

Banyak cara lain untuk buktikan cinta, bukan setakat dengan gigitan.. Sebab bukti cinta yang sebenar ialah PERNIKAHAN.. (promote sikit, kahwinjomdesign.blogspot.com )
Tak perlu bertanda, jika hati sudah bersatu.. Cinta kan suci ;)))) dan yang paling penting, Agamaku Peganganku. :)


**betul ke bawang putih boleh hilangkan parut love bite?? Sebab pengamalnya kata, HILANG sungguh.. Haha.. Try dan INSAF INSAF lah okay..


ASSALAMUALAIKUM, tak jawab dosa, kalau jawab, heart u lah.. ;)))

Sunday, March 25, 2012

my favourite health education topic - FAMILY PLANNING/ CONTRACEPTION DEVICES

Assalamualaikum, kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;)

Okay kawan kawan..

Masa saya study dulu, ini topik terhangat yang saya selalu bentangkan.. Setiap kali ada pendidikan kesihatan, saya mesti pilih topik ni sebab saya tahu, memang akan dapat PERHATIAN.. hikhikhik (gelak manja nakal... Kellasss kau afzal)

Okay, topiknya adalah mengenai ALATAN KONTRASEPSI (CONTRACEPTION DEVICE).. Ataupun ayat mudahnya dipanggil, alat pencegah kehamilan..

Sebenarnya, majoriti penduduk di Malaysia sudah arif mengenai langkah ataupun alatan dalam pencegahan kehamilan. Dan ramai juga yang mengamalkannya untuk memastikan produk yang dihasilkan itu sesuatu yang berKUALITI dan bukannya sekadar KUANTITI..

Cuma nota ringkas,

Lelaki boleh melakukan 3 cara ini untuk mengelakkan pasangannya hamil iaitu - penggunaan kondom, vasectomy ataupun secara pembedahan pemandulan (langkah ini hanya dijalankan di luar negara *menurut lecturer saya ), dan juga kaedah tradisional iaitu withdrawal (atau pancut di luar)..

Kondom adalah satu satunya alat yang boleh mencegah penyakit berjangkit seperti HIV.. Dan kondom mempunyai pelbagai jenis, saiz, dan perasa... Oppppsss perasa?? Perasa itu sebenarnya cuma untuk mendapatkan aroma aroma yang manis sahaja.. Jarang sekali untuk dirasa.. :)

Tetapi Majoriti lelaki dan pasangan menggunakan kaedah withdrawal (pancut diluar) kerana sebab utamanya ialah - tidak memerlukan pengeluaran kos!! Dan sebenarnya teknik ini adalah yang paling kurang berkesan dalam pencegahan kehamilan. Ini kerana sebelum ejakulasi, akan berlaku pre-cum, dan itulah punca kehamilan boleh berlaku.

Untuk wanita, terdapat beberapa teknik yang diamalkan di klinik perancang keluarga di Malaysia iaitu:

- Pengambilan pil
- Suntikan Depo- provera
- Intra- Uterine Device atau alat dalam rahim.
- Implanon - sejenis strip halus yang ditanam di bahagian lengan.
- Surgery - Tubal ligation atau difahami dengan istilah 'ikat'.

Terdapat juga beberapa alatan lain, tetapi tidak dipraktikkan di klinik perancang keluarga dan tidak juga di jual di Malaysia seperti Female Condom (Femidom), Foam/ Span, Diaphgram/ Cap, dan Gel ( gel yang membunuh sel sperma).

Masa saya buat pembentangan dulu, orang ramai tertanya- tanya, "wujud ke kondom perempuan??"

Iyaaaa.. Memang wujud.. Cuma kerana cara pemakaiannya yang sukar dan messy menyebabkan kondom wanita jarang dipraktik. Pemakaian Femidom bagi wanita boleh diibaratkan seperti,
"Wanita Memakaikan Kondom Untuk Lelaki"

Sebenarnya pengamalan kontrasepsi ini bagus untuk menghasilkan produk yang berkualiti, dapat membantu faktor ekonomi sesebuah keluarga dan yang paling penting dapat mengelakkan gejala BUANG BAYI!

Kita BUKAN MENGGALAKKAN aktiviti seks luar nikah, tetapi ianya jauh lebih baik untuk TIDAK MENGANDUNG, daripada anda membuang bayi tidak bersalah itu.. :)

Okayy.. Saya rasa macam tengah buat health talk je tadi.. Hikhikhik.. Tapi ianya satu informasi yang sangat bagus untuk kita share walaupun sesetengah individu Masih malu- malu membincangkan soal ini apatah lagi mendapatkan nasihat dari pakar. Dan harus diingatkan, setiap langkah yang ditulis ini, anda perlu mendapatkan saranan dan nasihat dari doktor/ pakar dahulu sebelum mengamalkannya.. Jangan pandai pandai sendiri yee ;)

Jadi, sampai sini dulu pembentangan dari saya, saya harap tuan- tuan dan puan- puan dapat menerima topik perbincangan kita pada hari ini untuk kebaikan bersama. Sekian terima kasih ---------------->>OKAY dah lebih lebih pula.. Hikhikhik ;);p

Jumpa lagi.. Assalamualaikum tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;);):)

Friday, March 23, 2012

JUST LOVE STORY

Orang tanya saya, "kenapa suka buat cerpen/ storyline yang tak best last dia.. Mesti hero/ heroin mati atau couple tu tak long lasting.."

Begini sebabnya..

Saya BUKAN penulis yang menjadikan penulisan sebagai kariernya.. Saya menulis kerana mempelajari pengalaman saya dan ianya sebahagian besar dalam hidup saya ------> OKAY ENOUGH!!! Jawapan KLISEEE!! hikhikhik.. Tapi memang itulah jawapan sebenarnya. Setiap orang yang menulis, pasti bercakap hal yang sama.. ;) Tapi bezanya mungkin pengalaman seseorang yg menginspirasikannya terhadap tulisan.

Kisah cinta walaupun kita berusaha jadikannya indah, tetapi realitinya tak semuanya indah. Cinderella pun menghadapi waktu susahnya sebelum kahwin anak raja. Kemudian dikatakan cinderella bahagia.. Tapi setelah 20-30 tahun, masih bahagiakah cinderella?? Siapa pun tak tahu kan.. :)
Tapi walau apapun, selagi kita berusaha memahami dan bersikap 'baik' dengannya, CINTA akan selalu indah.. :)

Apa yang memberi saya inspirasi terhadap penulisan "sad ending"?? Kerana kisah B-BOY dan GUGIRL ;)

B-boy dan Gugirl berkenalan dalam satu perjumpaan ahli kelab/ persatuan sosial remaja (sosial sihat ;p). Mereka masih muda ketika itu. Baru habis SPM. Tapi bercinta macam orang dah nak kahwin. Sangat serius. Kemana saja pasti berdua. Pasti pakai couple-T.. Haihhh diorang ni banyak gilaa collection couple T..

Mereka saling memahami dan hampir sempurna. Gugirl sangat menarik perhatian B-boy. Gugirl bukan saja cantik, tapi cukup merendah diri dan sangat mengambil berat. Sehinggalah satu hari,
seorang doktor membincangkan,

"B-boy, kita akan buat scan, sebab kami suspek kemungkinan ada tumor dalam otak awak."

B-boy tak beritahu apapun pada Gugirl.. Setiap hari dia melayan Gugirl seperti biasa. Manjanya juga tak pernah hilang ketika bersama Gugirl.. ;)

Satu hari, B-boy dan Gugirl keluar bersama seperti biasa, masing masing berskuter. Itulah kegemaran mereka bersama. Puas meronda satu shopping mall,

"Gugirl balik dulu okay.. B-boy nak beli sumthing kat atas. Jum B-boy hantar kat skuter dulu."

sebenarnya bukan B-boy mahu membeli, tetapi sakit kepalanya menyerang.. Dia duduk berehat menanggung kesakitan di satu sudut. Telefon diraih menghubungi doktornya.

Belum sempat mendail, telefonnya berdering,

"B-boy, I love you.. Sorry Gugirl mungkin tak dapat jumpaaa.. Errgghh....."

Gugirl???

Gadis itu terlibat dengan kemalangan. Skuternya ditabrak kenderaan yang jauh besar darinya. Gugirl pergi semasa di dalam ambulans.

Sakit di kepalanya tidak dihiraukan, dikuatkan semangat menunggang ke hospital. Dan setibanya di pintu hospital, B-boy rebah... Sedar- sedar dia sedang berbaring di katil hospital..

"B-boy, Alhamdulillah, awak dah sedar, dan syukur juga kerana menurut laporan perubatan ni, awak cuma mengalami migrain yang teruk dan bukannya tumor.. InsyaAllah dengan beberapa rawatan susulan awak akan pulih"..

Air mata B-boy mengalir. Tak pasti untuk apa. Disangka dia yang akan meninggalkan Gugirl, tetapi sebaliknya pula yang berlaku..

Dan inilah kehidupan.. Tak semua yang kita sangka bakal terjadi.. Ianya semua ketentuan dari-Nya.. Siapa B-boy dan Gugirl, biarlah sesiapa yang mengenali sahaja tahu.. Yang saya tahu, i miss you.. Assalamualaikum ;)

Thursday, March 22, 2012

Filem - ESKUL

Ello peepszz..
Pos kali ni saya nak kongsikan satu movie dari negara seberang Indonesia, yang baru saya tonton di youtube semalam.. Tajuk dia menarik minat saya, ESKUL..

Kisah mengenai seorang remaja bernama Joshua yang mengalami penderaan sosial dari segi fizikal dan mental. Di rumah, Josh tidak dilayan dgn baik oleh orang tuanya, ibunya bersikap acuh tak acuh, dan ayahnya sering menggunakan KEKERASAN. Scene yg membuatkan saya agak terkedu masa Josh disepak secara tiba- tiba semasa makan. Fuuuhhhh.. Di sekolah pula, Josh dijadikan mangsa buli kerana dianggap bersikap pelik dan aneh. Bukan buli sikit- sikit, tetapi Josh dibelasah, dipermalukan, digantung di pagar, disumbat kepala di dalam toilet bowl dan banyak lagi kaedah bulian yg lain.

Jadi daripada seorang pelajar terbaik, Josh mula mengalami kemurungan dan kemerosotan. Sehinggalah dia membeli pistol dengan SEBUTIR peluru.. Josh ingin membalas dendam. Tapi dia melakukan dengan caranya sendiri yang pastinya memberikan kesan mendalam kepada mereka yg membulinya. TAPI dalam pistol hanya terdapat sebutir peluru.. UNTUK SIAPA??

So saya sarankan semua utk menonton filem ni. Sedikit susah dalam memahami kerana tiada subtitle. Tapi jika kita benar terima dari HATI, pasti boleh memahami. ;)

Filem ni sangat sarat dengan mesej, jiwa dan emosi. Banyak perasaan yg boleh kita pelajari dari ESKUL. Pemberontakan, belas kasihan, keprihatinan, keadilan, dan.... Cinta ;) . ESKUL. Love from me, Afzal ;)

Friday, July 8, 2011

Lawatan Amal di Asrama Darul Falah (ASDAF).

PADA 18 Jun 2011 (Sabtu) lepas, Aezal bersama rakan- rakan dari Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia 40 TWINTECH (Pengakap) dan geng- geng sukarela telah melawat ke ASDAF yang menempatkan 45 orang anak- anak yatim dari seluruh Malaysia.

Program ni sebenarnya kolaborasi antara TWINTECH, dengan pelajar- pelajar dari Universiti Malaya dan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Pelajar- pelajar UM mengadakan satu program yang dinamakan sebagai “MY KITCHEN GARDEN” di mana aktiviti utama program ialah bercucuk tanam sayur- sayuran sebagai alternatif bagi menampung perbelanjaan makanan di ASDAF.

Kami tak menanam banyak mana pun….. jadi hiasan dan pak pacak jep lebih… hahaha ;p .. kami cuma tanam pokok nenas (first time actually tengok pokok nenas!! Haha).. pastu yg lain- lain tu mcm pokok bendi, tomato, dan benih- benih yg lain tu semua student UM yg sangat cool settle kan.. mereka sangat hebatlah.. bijak pandai tu confirm confirm lah kan.. haihh… J cool guyz~~

Dan akhir sekali kami semua berkumpul dan sesi berkenalan sikit- sikit and briefing from each of faculty from TWINTECH.. nursing, engineering, biotech, and business.. nursing by PRESIDEN Fitri (hahaha.. ;p), and business by cool mummy yana saeko!!! Haha ;p

Lepas tu sesi bagi- bagi hadiah dan sumbangan, kemudian bersurai.. dan masa tengah jalan- jalan tu tiba- tiba ada seorang adik perempuan yang duduk kat ASDAF ni cakap.. “kita macam sedihlah kakak- kakak ni semua nak balik dah” (p/s: dia lupa ada ‘abang’ jugak time tu..haha.. takpe dik) .. so apakan daya, adalah pulak geng- geng pengakap saya yg tersedih lalu TERmengalirlah air matanya..huhuhu…

At the end, Aezal rasa puas lah selepas program ni berakhir.. actually sebelum ASDAF, kami plan nak ke satu rumah perlindungan yang lain tapi disebabkan hal- hal yang tak dapat dielakkan, kami tak dapat melawat ke sana.. kemudian pensyarah saya terjumpa ASDAF dan nampaknya sumbangan- sumbangan yang berjaya dikumpul tu rezeki buat anak- anak di ASDAF…  

Dan seperti biasa, Aezal masih berhadapan dengan situasi yang SAMA untuk program amal kali ni.. okay.. Aezal cuma teka je lah ni, tapi maybe betul jugak..

SITUASI: kita nak kumpul derma untuk satu badan kebajikan..
STRATEGI: kita kutip derma dari kenalan- kenalan dan orang ramai.. dan fokus utama mestilah di kalangan mereka- mereka yang berpendapatan tinggi..

***TETAPI!!! Untuk pengetahuan umum, bukan senang nak dapat derma daripada mereka berpendapatan besar atau daripada keluarga kaya. Maybe 30% je yang boleh hulur sikit. Dan ini mungkin sebab utama mereka tak nak derma ------ “Eh, aku ni gaji RM20 ribu.. tak kan nak derma 10 ringgit je kot.. malulah.. baik aku tak payah derma!” ..

THERE YOU GO… agak- agak betul tak ini yang mereka fikirkan.. boleh masuk akal lah kan?? ;p hey people, tak kisahlah berapa banyak yang awak nak derma asalkan ikhlas. Bila ikhlas, mesti semua tu berlebih- lebihan lagi.. hulur 10 ringgit dengan pendapatan 2 ribu sebulan, won’t affect anything lah bro or sis~~ ;p

Orang senang bercakap atau BERNIAT, “Aku nak buat amal”, tapi tak semua mampu jalankan amal.. mungkin ramai yang menyangkal, tapi itu kebenaran bila anda sendiri terlibat atau uruskan mana- mana program- program amal.. selepas itu baru anda rasakan..

Kalau nak menguji tahap KESABARAN dan KEIKHLASAN anda yang sebenar, cuba beramal dengan cara membawa kotak dan meminta sumbangan dari orang ramai.. Saya dan beberapa rakan saya pernah melaluinya.. saya dah merasa satu perasaan bila orang campak seringgit dengan muka bengis, muka sombong, dan pelbagai muka lagi.. dan apabila dihulurkan 5 SEN kemudian diketawakan even though tak kelakar langsung!.!.  

Haihh… macam- macam kerenah kan? so itu jep yang Aezal nak share dan apa- apa hal pun..ingat tagline~~~ YAKINI DIRI, HIASI PERIBADI.. InsyaAllah.. bye! Assalamualaikum J Aezal nak pergi bersejarah sekejap! Haha ;p 

Tuesday, April 5, 2011

Terkejut saya~~~~

Perkara ni saya tahu last week.. di sebuah kampung semasa melawat majlis tahlil seorang saudara yang baru meninggal dunia.. cerita punya cerita.. sembang punya sembang.. sampailah cerita bagaimana pengurusan jenazah yang meninggal itu..

"EH.. kita kat sini ada PAKEJ KEMATIAN.."

"Pakej kematian? apa tu?"

"Pakej kematian.. start dengan harga RM700.. pihak masjid sediakan kain kafan, penggali kubur, imam untuk bacaan talkin, dan 10 orang jemaah untuk solat jenazah..."

"Bayar untuk solat jenazah?"

"Ya... kalau pakej RM1000 dan ke atas, jemaah solat jenazah pun ramailah.."

"Selalunya, pihak keluarga hanya bayar untuk kain kafan, penggali kubur, dan sedekah untuk imam yang membacakan talkin. Itupun bukan semua imam yang ambil duit tu. Semua buat dengan ikhlas hati je. Dan jumlah semuanya tidaklah sampai RM150 pun. Kalau keluarga tu dari orang susah, macam mana dia nak bayar pakej sampai RM700 tu??"

"Entahlah..."

HAI...... first time saya dengar pasal pakej kematian ni. Rasanya majoriti antara kita pun terkejut bila tahu kisah ni kan? Bila KEIKHLASAN vs DUIT semata- mata.. aisshhh bahaya tu.. saya bukanlah ustaz.. cuma perkara- perkara macam ni.. just a common sense.. sama- sama kita fikirkan..  Assalamualaikum (>,^)

Thursday, January 27, 2011

EINFACHEN episod 13

QIMY masih tidak sedarkan diri. Sekujur tubuhnya terbaring longlai di katil ICU.

“Macam mana keadaan adik saya, doktor?” Airil terus meluru ke arah doktor yang merawat Qimy.

“Encik Qimy Aizril masih tak sedarkan diri buat masa ni. Luka di bahagian kepalanya dah dicuci dan dibalut. Laporan X-Ray dah dikeluarkan dan Alhamdulillah tiada tanda- tanda pendarahan atau kecederaan yang serius di bahagian kepala dan otak Encik Qimy. Pihak kami akan teruskan beberapa lagi rawatan susulan, dan jika ada apa- apa masalah Encik boleh bertanya saya atau nurse yang bertugas.”

“Thanks, doc”

Airil menghembus nafas lega. Najwa di sisi cuba menenangkan gejolak di jiwa pemuda itu. Tak dapat digambarkan perasaan Airil ketika mendapat panggilan dari pihak hospital mengkhabarkan kemalangan Qimy di Lebuhraya Persekutuan. Ketika itu Airil, Najwa, Muiz, Darwin dan Fiqa baru sahaja melangkah keluar dari dewan SACC setelah konsert kemunculan pertama PGM berakhir. Terus sahaja mereka menuju ke hospital itu.

Muiz, Darwin dan Fiqa yang menunggu di ruang legar hospital setia menanti sehinggalah kelibat Airil dan Najwa muncul.

“Doktor cakap tadi Qimy tak dapat kecederaan yang serius. Tak ada patah- patah. Cuma dia masih tak sedarkan diri lagi. Tapi setakat ni keadaan dia stabil..”

“Alhamdulillah….” Ucap syukur mereka bertiga hampir serentak.

“Saya rasa setakat ni tak ada apa- apa yang perlu dirisaukan. Jadi Abang Muiz bolehlah hantar Win, Najwa dengan Fiqa balik dulu. Saya stay kat sinilah malam ni. Parent saya pun dah dalam perjalanan ke sini.”

“Tak apalah, biar aku teman kau kat sini malam ni. Papa Muiz hantar Fiqa dan Najwa balik ya. Besok pagi Fiqa datang sini ambil Win okay?”

Fiqa mengangguk. Muiz dan Najwa turut sama mengangguk dan beransur pulang. Darwin dan Airil duduk di sofa yang disediakan khas di ruang legar hospital itu. Terdapat juga beberapa orang lain yang berada di situ. Ada yang berehat dan tak kurang juga yang melelapkan mata.

“Macam mana Qimy boleh accident tadi?”

“Entahlah, aku pun tak tahu. Tapi dengar kata tadi kereta dia tu 80% total lost!”

“Total lost? Haihh.. teruk jugalah dia accident.”

“Hmhm.. tapi yang peliknya, apa dia nak buat kat Shah Alam? Petang tadi aku ajak ke Shah Alam tak nak pula dia ikut. Ni mesti ada kene- mengena dengan ‘awek converse’ ni.”

“Awek converse?”

Airil mengangguk. Darwin masih tertanya- tanya. Blur..

******************************
“WOOOOOOO!!! Assalamualaikum lone ranger team semua! May God bless you!”
Fitri yang lewat hampir 20 minit dari masa yang dijanjikan, masuk ke lecture theatre dengan selamba dan gaya tersendirinya. Rakan sekelasnya yang lain hanya mencebik dan meneruskan fokus mereka terhadap kerja- kerja memotong kain dan kertas, mengangkat barang- barang perhiasan, dan menyusun atur kedudukan kerusi.

Hari Ahad ternyata bukan hari untuk berehat- rehat dan bersenang- lenang untuk mereka minggu ini. Pada hari ini juga mereka perlu menyiapkan dekorasi penuh pentas dan dewan sempena Sambutan Hari Jururawat peringkat kolej mereka pada esok hari.

“Eh! Mr. Darwin mana?” soal Fitri.

“Hang ni lah! Dahlah mai lambat! Pastu dok tanya itu ini lagi. Nah ambik ni. Tiup semua belon- belon tu sampai kembong camni!”

Ika si komandor kelas mula membebel. Suaranya sahaja mampu memberi hayunan angin yang kuat dan mampu menghempas daun pintu untuk tertutup kemas! Pergghhhh! Hiperbola sungguh!

“Aku tanya ja ika… meh laa semua belon- belon ni aku tiup..” Fitri dengan ayat- ayat merajuknya mengambil sepeket belon untuk ditiup dan duduk di satu sudut dengan muka yang kesedihan itu!

Tawa mereka semua mula kedengaran. Dan dalam banyak- banyak, pastinya tawa si Rafishah atau Nora Danish ataupun kini yang lebih popular dengan panggilan Ixara yang paling over sekali kedengaran.

“Apalah hang ni Walid! Dak Ika baru gertak sikit hang dah kecut! Harapkan badan ja teguh dan memukau!”

“Diamlah Fisha! Dahlah makin gemuk sekarang ni!”

“Haaaaaa… part macam ni aku sensitif sikit. Ni aku ada pantun sikit untuk hang. Lemak- lemak si jantung pisang, lemak lagi jantung hatiku, walau lemak penuh di pinggang, apa hang ingat aku tak laku?”

Makin bergemalah jawabnya dewan itu dengan tawa dan jeritan daripada mereka semua. Sampai terduduk- duduk, dan terbaring lagi!

“Assalamualaikum semua! amboi bukan main kuat lagi kamu semua gelak ya? Apa yang kelakar sangat ni? Kalau dekan nampak tadi, habislah awak semua dapat ceramah free!”

“Tak ada apa- apalah Mr. D.. faham- faham sajalah kerenah si Rafisha ni!” Fitri masih tak puas hati!

“Apa pulak aku! Hang lah yang mula dulu tadi!”

“Sudahlah tu Nora Danish, Fitri. Sorry saya lewat ni. Semalam kawan saya masuk hospital, ni pun saya dari hospital. Dengan tak mandi selamba je datang sini! Dan..ni saya kenalkan, tunang saya, Fiqa.”

“Lawanya…. Hai Kak Fiqa. Saya Rafishah, tapi kalau nak senang boleh panggil Nora atau Ixara..”

Fiqa menyambut salam Rafishah dan pelajar- pelajar Darwin yang lain. Pertama kali dia bertemu mata dengan mereka ini. Sebelum ini hanya mendengar cerita dari Darwin sahaja mengenai mereka. Seronok pula melihat mereka bergurau- senda tadi. Seperti adik- beradik sahaja.

Fiqa sengaja menemani Darwin ke kolejnya selepas menjemputnya dari hospital pagi itu. Bosan pula jika tidak melakukan apa- apa aktiviti pada hari minggu itu. Najwa juga sudah seawal subuh lagi menuju ke hospital.

“Hmhm… ada apa- apa yang akak boleh tolong?”

“Tak apalah, kak. Duduk je kat sana tu dulu. Biar kami je buat semua ni.”

“Eh apa pulak duduk saja? Beri sini kertas tu sikit akak tolong potong huruf- huruf tu.”

“Bagi je semua kertas tu Aina suruh dia potong. Mana aci nak duduk- duduk kosong aje!” Darwin tiba- tiba mencelah perbualan Fiqa dan pelajarnya, Aina.

“Elehh.. senang ajelah kerja ni.. Win dok tunggu apa lagi? Pergilah beli makan- makan sikit. Kami semua dah lapaq ni!”

“Aisshhhh…awak semua ni dah bagi pengaruh yang kurang baik kepada tunang saya ni. Tiba- tiba pulak boleh tukar tune jadi orang utara jugak ni?”

“NO COMMENT, MR. D!!” jawab mereka semua serentak.
Darwin hanya menggeleng.

Wednesday, October 27, 2010

EINFACHEN ep 12

“Dipersembahkan kepada anda….dua belas finalis Pencarian Gadis Malaysia ‘most beautiful, most elegant, and the most brilliant’!!!!”
            Seiringan dengan pengumuman daripada emcee bertugas, muzik rancak dimainkan dan kedua belas finalis keluar ke pentas utama sambil memperagakan dress dan busana hasil rekaan beberapa pereka fesyen tempatan yang tersohor. Mereka berjalan mengelilingi pentas dan akhirnya berdiri sebaris di tengah pentas.
            Masing- masing berdiri dengan penuh keyakinan. Jurukamera daripada pelbagai syarikat penyiaran berpusu- pusu mengambil shot terbaik.
            “Berikan tepukan gemuruh sekali lagi buat kesemua finalis PGM di atas pentas kini..”
            Tepukan gemuruh yang diterima menerbitkan senyuman mekar di bibir gadis- gadis PGM. Mereka berasa sangat terharu dan terkejut dengan sambutan dan sokongan yang diberikan oleh penonton.
            “Anda sudah mengenali siapakah juri- juri pertandingan ini, tetapi tidak mereka. Untuk pertama kalinya kami akan pertemukan peserta- peserta Pencarian Gadis Malaysia dengan juri yang dilantik bagi mengadili mereka, dan diperkenalkan juri kita yang pertama, Doktor Hariz Danial!!!” Sorakan dan tepukan gemuruh bergema.
            “Juri kita yang kedua, the one and only, Miss Mia Elregina!!!” Peserta PGM sendiri berasa sangat teruja apabila melihat Mia keluar dari sebalik pintu yang berputar. Sangat jelita!
            Di satu barisan penonton, Darwin, Fiqa dan Najwa berdebar melihat reaksi Qeisha apabila tiba giliran juri ketiga yang bakal keluar nanti. Risau jika gadis itu kembali lemah apabila berhadapan dengan Adam dan kali ini bersama Nadia pula.
            Fiqa dan Najwa sudah berpegangan tangan dengan erat sekali. Cuba mengikis kegusaran di hati mereka. Jantung mula berdegup laju.
            “Dan tiba giliran juri kita yang ketiga. Kedua- duanya sama cantik, sama padan, dan sama popular. Yang seorang merupakan penyanyi yang baru- baru ini memenangi anugerah penyanyi lelaki terbaik, dan seorang lagi pelakon filem yang tidak asing lagi, jadi dipersilakan kini…. Adam dan Nadia!!!!”
            Qeisha terkedu! Senyuman dibibirnya mati serta- merta. Wajahnya dipalingkan kepada dua objek yang berjalan ke hadapan pentas kini. ‘Memang dia!’
            “Okay sekarang kita minta juri- juri semua duduk di kerusi juri di bawah. Dan pengumuman ini merupakan satu kejutan buat peserta Pencarian Gadis Malaysia kita, selepas kita berehat seketika nanti anda semua akan kembali ke pentas ini untuk sesi soal jawab spontan bersama barisan juri kita. Anda akan mencabut undi untuk mengetahui siapakah juri yang akan menyoal anda dan seterusnya jawablah soalan yang diberikan itu mengikut pendapat dan pengetahuan anda. Jadi kita akan berehat sebentar dan kembali lagi selepas ini….”
            Muzik kembali dimainkan dan peserta- peserta kembali ke belakang pentas mengikut giliran. Tepukan gemuruh berterusan buat mereka.

QIMY meneruskan pemanduannya dengan tenang walaupun kekadang mencecah sehingga 160 km/j!! Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
            “Aishh…kalau aku tahu dari awal yang awek converse dah tukar jadi awek high heels macam tu, dah lama aku follow Airil je!”
            Bebelnya seorang diri.
            “Maknanya selama ni awek converse ni kawan dengan Najwa lah… adoii keciknya dunia. Kalaulah aku kenal dia dari dulu dah lama dah naik pelamin ni. Silap- silap da jadi bapak budak dah aku ni agaknya!”
            Masih terus membebel. Siap sempat berangan lagi. Tangannya menyeluk saku mencari telefon bimbitnya dan nombor Airil segera dihubungi. Tak dapat!
            “Aduh…. Mana nak dapat. Mestilah kena silent phone duduk dalam tu.. alamak.. sempat ke tak ni..!” Qimy menyungut. Jam di dashboard dipandang sekejap- sekejap.
            “Time- time macam nilah aku rasa nak beli helikopter sekarang jugak! Bila nak sampai ni?!”

“SEKARANG tibalah giliran peserta terakhir yang akan berdiri sendirian di pentas utama ini menghadap juri- juri kita. Namanya memang unik. Jarang saya jumpa dan jarang kita dengar juga. Namanya secantik pemiliknya, dan gadis ini merupakan antara mereka yang mengekalkan prestasi terbaik semasa di Kem PGM. Beliau cukup tegas, tabah, dan kuat mental dan fizikalnya disebalik kelembutan dan kesopanan yang ditonjolkan. Dipersembahkan kini diatas pentas PGM, Qeisha Safira Binti Ghazally, atau Qeisha.”
        Tepukan diberikan buat Qeisha. Fiqa dan Najwa bersungguh- sungguh bersorak sambil mengangkat kain rentang bertulis ‘QEISHA’ diatasnya. Kamera siap fokus pada mereka lagi. Tak sia- sia usaha mereka menyiapkan kain rentang itu. Dapat juga menyelit dalam televisyen. Patutlah Najwa bukan main glamour lagi melaram!
Di kerusi juri, jejaka itu berlagak tenang apabila mendengar nama dan melihat Qeisha dihadapannya. Hanya sekali sahaja dia pernah melihat Qeisha sejelita itu iaitu semasa majlis annual dinner kolejnya dulu sepanjang perkenalan mereka. Dalam hati dia memohon agar namanya yang dipetik Qeisha sebagai juri untuk menyoal soalan.
“Okay Qeisha, awak boleh pilih sampul mana yang awak berkenan.”
Qeisha menarik sampul berwarna ungu dari tangan emcee itu.
“Oh..ambil sama warna dengan baju ya..?? okay, Qeisha telah memilih…”
Debaran bertandang di jiwa Qeisha, ‘harap- harap bukan Adam!’.
“Mia! Jadi Mia boleh tanyakan apa- apa soalan kepada Qeisha. Silakan.”
Qeisha menghembus nafas kelegaan. Fiqa dan Najwa juga begitu. Lagaknya seperti mereka saja yang sedang bertanding! Siap ikut gementar lagi!
“Hai Qeisha.. cantik dan sempurna sungguh ciptaan Allah di hadapan saya ini..” Mia memuji diiringi tepukan gemuruh penonton. Qeisha tersenyum manis.
“Okay Qeisha, sebenarnya saya sendiri dah habis senarai soalan yang saya buat tadi. Jadi ini soalan spontan juga dari saya, bagi diri Qeisha sendiri apa yang akan Qeisha berikan kepada seseorang itu apabila kalian sudah membina hubungan yang dipanggil percintaan?”
Qeisha mengangguk sambil terus tersenyum. Gundah di hati cuba ditangkis. Jantungnya masih berdegup kencang bukan kerana soalan yang ditanya, tetapi kerana renungan Adam yang begitu tajam kepadanya.
Qeisha mengambil sedikit masa untuk memikirkan jawapan yang sesuai. Dengan lafaz Bismillah di dalam hati, Qeisha mengangkat mikrofon menghampiri bibirnya.
“Assalamualaikum dan terima kasih Cik Mia untuk soalan tadi. Menyebut soal percintaan, secara jujurnya saya takut untuk menerima cinta sekali lagi selepas pengalaman dulu tak membahagiakan…..” Qeisha memberanikan diri membalas renungan Adam. Adam tewas.
“Dan kerana pengalaman yang lalu juga saya hampir hilang keyakinan diri saya. Tapi kini saya bukan Qeisha Safira yang dulu…yang naïf dalam segala hal. Saya tak dapat menjangka apa yang perlu dan akan saya lakukan untuk percintaan akan datang tetapi apa yang saya tahu, saya akan bersederhana dalam percintaan itu nanti…”
“Sederhana? Qeisha tak takut boyfriend lari ke?” Mia menyoal lagi sambil ketawa sedikit.
“Mari sama- sama kita cuba fahami puisi ini, ‘aku ingin mencintaimu dengan sederhana, lewat kata yang yang tak sempat diucapkan, awan kepada air yang menjadikannya tiada. Aku ingin mencintaimu dengan sederhana, dengan kata yang tak sempat diucapkan, kayu kepada api yang menjadikannya abu…’. Walaupun kita tak pernah ucapkan cinta itu, tak bermaksud kita tak mencintainya. Saya tetap akan mencintai, melindungi, mempertahan, dan mempercayainya sehinggalah cinta yang sederhana itu menjadi sebanyak- banyaknya apabila sudah tertulis itulah jodoh saya dari ALLAH... dan ketika itu saya tak akan lagi ragu untuk ucapkan rasa ‘cinta’ itu…”
“Qeisha…jawapan awak tadi sebenarnya sudah menyedarkan ramai orang tentang apa itu cinta sebenar yang cukup tulus dan ikhlas. Terima kasih Qeisha, jawapan yang sangat baik...” Ucap Mia. Ternyata dia berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Doktor Hariz disebelahnya turut mengangguk- anggukkan kepala bersetuju.
“Terima kasih..” Qeisha membalas tenang dan berlalu semula ke belakang pentas. Tepukan gemuruh berkumandang lagi untuknya. Siaran direhatkan sebentar bagi mendengar pesanan penaja.
Dibelakang pentas Qeisha diserbu rakan- rakan seperjuangannya yang lain termasuk juga krew- krew produksi di situ. Mereka memuji akan kelancaran Mia menjawab soalan daripada juri sebentar tadi. Qeisha Cuma tersenyum merendah diri.
Dengan melalui beberapa ‘lorong tikus’ di belakang itu, Qeisha akhirnya menemui satu pintu yang membawanya kebahagian belakang dewan konvensyen yang menghadap jalan raya yang tidak terlalu sibuk. Jiwanya cuba ditenangkan. Perasaannya bercampur baur. Nafasnya ditarik dalam dan dihela semahu hatinya.
Sungguh perasaannya sukar ditafsirkan apabila melihat Adam di depannya dan diperkenalkan sebagai juri. Rasa itu juga menerjah apabila melihat kemesraan antara Adam dan Nadia. Dan rasa itu juga menerjah apabila Adam tajam merenungnya tadi. Kepalanya berserabut memikirkan maksud renungan Adam tadi. Tetapi apa yang Qeisha tahu…itulah renungan yang pernah dirinduinya…….
“Qeisha…..”
Qeisha menoleh. Adam…..
“Dah lama kita tak jumpa… Qeisha apa khabar?”
Qeisha membatukan diri. Perasaannya cuba dikawal. Bibirnya diketap kuat. Adam mengeluh.
“Win, Fiqa, Najwa, Papa Muiz semua sihat?” soal Adam lembut.
Qeisha mengangguk kecil. Adam tersenyum.
“Adam masuk dulu. Qeisha jangan duduk sini lama- lama sangat ya..” Adam berlalu.
Qeisha kembali merenung pemandangan kosong dihadapannya. Ingatan dari Najwa menerjah kotak ingatannya.
“Qeisha….walau macam mana kasar sekalipun perbuatan Adam pada Qeisha dulu, jangan pernah balas dengan kekasaran juga sebab itu bukan diri Qeisha yang sebenar. Tolong Adam sedar kesilapan dirinya. Bukan sedarkan dia untuk melutut balik depan Qeisha…”
“Sabar….ikhlas…..” dua perkataan itu tiba- tiba berdetik di hati Qeisha.
Qeisha menarik nafas sedalam- dalamnya sekali lagi mencari kekuatan. Kakinya kembali melangkah masuk ke dewan konvensyen.



Aku ingin mencintaimu dengan sederhana,

Lewat kata yang tak sempat disampaikan,

Awan kepada air yang menjadikannya tiada.

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana,

Dengan kata yang tak sempat diucapkan,

Kayu kepada api yang menjadikannya abu.  

Sunday, October 17, 2010

EINFACHEN ep 11

“RIL, aku tak dapatlah nak join kau hari ni. Aku ada hal sikit ni.”
            “Hal apa pulak? Takkan kau nak usha ‘awek converse’ lagi ni?” duga Airil.
            Qimy terdiam. Sebenarnya itulah agenda yang dirancangnya.
            “Haa?? Kenapa diam? Betullah kau nak teruskan penyiasatan CSI, Cari Si Isteri kau ni?”
            “Ril, kau ni support lah aku sikit. Bila aku mainkan banyak awek, kau juga yang bising, ni aku nak cari the one and only pun kau nak bebel jugak?”
            “Tapi yang kau cari tu macam mustahil sangat je nak jumpa. Baik kau ikut aku. Manalah tahu kot- kot ‘petanda jodoh’ kau tu masuk jugak program ni.” Sindir Airil.
            Qimy menggeleng- geleng. Dia nekad mahu mencari gadis itu dan tidak kisah sekiranya orang lain menganggapnya gila dengan tindakan yang dilakukan ini. Dapat tahu namanya, tempat tinggal, nombor telefon, email, dan facebook pun cukuplah.. eh, macam dah merangkumi semua maklumat aje!
Rambutnya dipacak kemas, David Off Cool Water disembur secukupnya, dan setelah berpuas hati dengan penampilannya, kunci Toyota Vios disambar. Qimy keluar rumah dengan langkah kanan, berharap pencariannya berhasil kali ini. Fuhhh kanan…..fuhhhh kiri…….fuhhh depan……fuhhh belakang!!

DARWIN, Muiz, dan Airil sama- sama tiba di rumah Fiqa dan Najwa tepat jam lapan malam sebelum sama- sama bergerak ke SACC. Mereka akan menaiki kereta Muiz untuk ke sana. Mudah…. Tak perlu bergelut mencari parking nanti. Lagipun apa guna kereta besar kalau tak dimuatkan dengan muatan yang penuh….
            “Papa Muiz, cukup besar tak banner ni?” soal Fiqa sambil menunjukkan sepanduk yang tertulis nama Qeisha di atasnya kepada Muiz.
            “Cukup cukup cukup. Tapi tak over sangat ke kita ni siap nak bawa- bawa banner pula?”
            “Alaaa…. Tak payah nak dikisahkan sangatlah fasal orang lain. Lagipun Fiqa nak tunjuk banner ni kat depan muka si Adam tu. Biar terbukak sikit mata, mulut, hidung dia tu!”
            Fiqa mula mengomel. Terkejut sungguh dia dan Najwa apabila mendapat tahu bahawa Adam dan Nadia adalah juri untuk pertandingan ini daripada akhbar semalam. Terasa gerun pun ada kerana bimbang jika Adam sengaja mengenakan Qeisha nanti. Tetapi mereka cuba berfikiran positif. Mungkin dengan cara ini, Adam akan dapat mengetahui lagi kemampuan Qeisha, gadis yang ditinggalkannya…
“Amboi..mak nenek sorang ni. Garangnya!” celah Darwin. Tawanya meletus pula apabila melihat Fiqa mencebikkan bibirnya.
“Apa gelak- gelak? Nak kena seret?” ugutnya.
“Tak nak… kerana nanti Darwin Aqmal akan menangis kerana dibelasah teruk oleh Fiqa Airisya…”
“Eleh…ingat comellah tu buat muka dengan suara macam tu?”
“Terima kasih!!!!”
Fiqa tak puas hati. Lantas tangannya laju mencubit lengan Darwin. Sampai naik merah lengan jejaka itu dikerjakannya. Tapi Darwin? sengaja ditoyakan wajahnya walaupun sedang menahan sakit yang teramat. Fiqa semakin geram!
“Win!!! Cakaplah sakit!”
“Sakit~~~~.” Ajuk Darwin. siap dilagukan lagi suaranya.
“Nak kena lagi ya?”
Fiqa sudah bersedia dengan tangan ketamnya dengan niat mahu terus mengepit lagi!
“Okay okay. Sakitlah..tengok ni sampai lebam dah tangan Win. Ni mahu jadi parut kekal ni.”
Darwin menggosok- gosok kawasan lebam itu. Sengalnya masih terasa. Peritnya pun boleh tahan juga.
“Ya ke? Sorry Win.. sini Fiqa tengok..”
Fiqa merapati Darwin. Lebam itu diamatinya. Terasa bersalah pula mencubit lelaki itu sehingga lebam begitu. Sememangnya dia mencubit dengan sekuat- kuat hati tadi. Segala tenaganya diperah untuk melahirkan satu cubitan yang sangat berbisa. Dan hasilnya??
“Win…..sorry ya…”
Fiqa menggosok lembut kawasan lebam itu. Ditiupnya perlahan kawasan itu. Harapnya rasa sakit itu akan berkurang. Darwin tersenyum.
“Tak apa.. kalau Fiqa nak gigit pun boleh. Tapi kalau boleh… janganlah gigit ya..” seloroh Darwin. Matanya dikenyitkan sebelah. Fiqa kembali tersenyum senang.
Muiz dan Airil yang melihat gelagat dua sejoli itu hanya menggeleng- gelengkan kepala. Comel sahaja tingkah mereka. Saling bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain.
“Hai…diorang nak bermesra depan kita pulak ni Ril. Fiqa nilah.. tahulah Papa Muiz sorang je tak ada couple kat sini, nak main tunjuk- tunjuk pulak..”
Fiqa tersengih. Mukanya merona kemerahan menahan malu diperli Muiz sebegitu. Darwin dan Airil juga tertawa melihat Fiqa yang mula tidak tentu arah.
“Sorry lambat..bolehlah kita gerak sekarang ya?” Najwa yang baru keluar dari rumah meleraikan tawa mereka yang lain.
“Amboi..glamournya Kak Najwa. Ni siapa yang masuk pertandingan sebenarnya ni?” Fiqa mengusik.
“Alaaa.. tak apalah. Manalah tahu kalau- kalau ada hadiah ke untuk penonton paling glamour ni..”
“Dah- dah.. jum cepat. Karang tak boleh pula kita masuk hall nanti.”
Muiz menamatkan perbualan. Mereka semua masuk ke dalam kereta Muiz lalu enjin dihidupkan dan perjalanan dimulakan.

QIMY kembali ke rumah dengan wajah yang tidak bermaya. Pertanyaan demi pertanyaan dari Datin Zulaika juga tidak diendahkan. Wanita itu juga pelik melihat kelakuan anaknya yang semakin pelik akhir- akhir ini. Memanglah perubahannya itu positif apabila Qimy tidak lagi pulang ke rumah lewat malam dan berpesta ke sana sini, tetapi kemurungan anaknya itu mula menjadi tanda tanya.
            Apabila ditanya Airil, dia juga tidak pasti dengan apa yang berlaku kepada adiknya itu. Nombor telefonnya juga telah ditukar bagi mengelakkan diri daripada perempuan- perempuan yang menagih wang ringgitnya. Dia lebih banyak menghabiskan masanya di dalam bilik dan laman rumah sambil termenung sendirian.
            Qimy menghempaskan tubuhnya di atas katil. Kekecewaannya bertandang lagi. Empat jam menunggu dan mencari gadis itu di Sunway Pyramid ternyata tidak membuahkan hasil sekali lagi kepadanya. Jangan katakan hidung! Bunyi tapak kasut pun tak ada!
            ‘Pencarian Gadis Malaysia.’ Tiba- tiba terlintas perkataan itu dimindanya.  Qimy bangun daripada pembaringannya dan mencapai alat kawalan jauh televisyen dibiliknya. Mencari- cari siaran yang menyiarkan program itu.
            “Dan peserta seterusnya….dipersilakan Qeisha Safira Binti Ghazally!!”
            ‘Oh…inilah kawan Najwa tu…’
            Qimy mengamati wajah gadis yang baru keluar dari belakang pentas itu. Dress berona ungu yang melekap ditubuhnya cukup indah ditambah dengan persona si pemakai. Qimy menilik wajah gadis itu.
            “DIA!!!! AWEK CONVERSE!!!”
            Qimy menjerit lalu segera televisyen itu dipadam. Kunci kereta yang dicampak di atas meja tulisnya tadi dicapai semula. Berlari dia keluar dari rumah. Dato’ Shahril dan Datin Zulaika tidak sempat bertanyakan apa- apa. Qimy memecut laju keretanya menuju ke Shah Alam.
            ‘Harap- harap sempat….’ Doanya dalam hati. Senyuman kecil terlahir dari bibirnya. Bahagia sungguh apabila sudah nampak apa yang dicari.                        


Since the first time I met you,
I couldn't seem to forget you.
And lately I seem to find,
That you're always on my mind.
I feel so happy around you,
And I thank God that I found you.
At first I thought of you as a really good friend,
But I realized that my feelings there didn't end.

I was so afraid to tell you,
Cos I didn't know what you do.
Then I heard that you felt the same way,
And those words were so easy to say.

Oh, when I see you smile,
It makes my life worth while.
And since the very start,
You have been in my heart.
When my life skies are dark and gray,
You chase all those storm clouds away.

I've never felt this way before,
And honestly that is for sure.
I'm so glad that we did meet,
For now my life is complete.
You're what they meant,
By heaven sent.

Monday, October 11, 2010

EINFACHEN ep 10

PENAT sungguh Qeisha dan rakan- rakannya. Mereka duduk di belakang pentas beramai- ramai sebelum menanti kenderaan yang akan membawa mereka pulang ke banglo kediaman. Petang tadi bermula jam tiga sehinggalah jam sebelas malam, mereka telah berada di Shah Alam Convention Centre SACC untuk mengadakan raptai bagi acara esok.

      “Hadoiii…..penatnya mak….. kalau kalah jugak ni tak tahulah mak nak cakap apa nyah..”

      Beyla tiba- tiba bersuara sambil mengajuk perwatakan pengarah pentas yang ‘adik- adik’ itu. Semua di situ ketawa terbahak- bahak. Terlupa sebentar keletihan yang melanda.

      “Huyyyoooo…anak- anak ikan Shah Alam laa….hot nya nyah…mak suka!” giliran Alya pula menyampuk menyambung watak Beyla tadi apabila kelihatan sekumpulan anak muda berjalan di hadapan bangunan SACC itu.

      “Alaaaa….. mak tak suka anak ikanlah nyah. Mak suka abang ikan. Bapak ikan pun mak tak suka, sebab mak tak nak jadi perampas. Kesian mak ikan nanti.”

      “Alaaa…kalau abang ikan tak nak kat kita nyah.. kita sapu je lah yang mana ada..”
Ketawa mereka semakin menjadi- jadi sehinggalah kelibat van yang membawa mereka semua tiba. Barulah aman sikit hidup pakcik sekuriti yang agak pening pada awalnya mendengar keriuhan gadis- gadis itu tadi.

      Tergeleng- geleng kepalanya melihat telatah mereka yang lucu. Faham kerana masing- masing cuba menghiburkan hati kerana keletihan yang teramat dan mungkin juga rasa gemuruh untuk esok hari. Lebih baik bergelak ketawa daripada bergaduh tak tentu fasal kan.. sekurang- kurangnya tiada yang tercedera. Mana lebih baik?? Anda tentukan!

      Di dalam van, Qeisha diam duduk di hadapan bersebelah dengan pemandu. Memang dia sengaja memilih duduk di hadapan. Selesa sikit. Tak adalah menyempit macam di belakang!

      “Fikirkan apa Qeisha?” soal Irfan. Si pemandu van yang juga merupakan krew pentas dan dewan untuk program PGM. Dua bidang kerja dalam satu.

      Qeisha menggeleng kepalanya, “Tak ada apalah abang Irfan. Qeisha terfikir aje apalah yang jadi besok. Harap- harap Qeisha taklah terjatuh masa berjalan keluar pentas besok. Eeeiiii!!! Seramnya!” Qeisha meluah rasa.

      Irfan tersengih. Dia sudah mengikuti perkembangan gadis- gadis ini sedari sesi suai kenal di Kem Templer Park lagi. Tetapi dia paling tertarik dengan Qeisha dan rakan baiknya, Beyla dan Alya. Mungkin kerana mereka antara yang paling jelita berbanding yang lain. Tetapi mungkin juga karakter di sebalik kejelitaan itu yang menariknya.

      “Come on... Qeisha yang abang kenal mana ada penakut macam ni. Abang yakin Qeisha boleh buat yang terbaik punyalah. Mesti ramai yang suka Qeisha nanti.”

      “A’ahhhh…betul cakap abang Irfan tu.. mak sukalah abang Irfan ni nyah!” Beyla tiba- tiba manyampuk dari belakang. Masih belum ‘cut’ lagi watak ‘adik- adik’ ni…

      Qeisha, Irfan dan lima lagi penumpang yang lain ketawa melihat gelagat Beyla. Kalau ya pun penat janganlah kronik sangat macam ni…

      “Iyalah Cik Lala….Abang Irfan pun suka sangat kat Cik Lala ni.”

      “Eh….apa Lala Lala??? Beyla okay!”

      “Laaa….kenapa pulak Beyla?? Lala lah glamour sikit. Sesuai sangat dah tu.”

      Beyla tidak membalas lagi. Sebaliknya hanya mencebik geram! Irfan dipandangnya dengan mata yang tajam.

      “Fuyyyooo….Lala jeling- jeling manja kat abanglah Qeisha. Ada yang nak kena tinggal kat tepi jalan ni.” Seiring dengan itu lampu signal ke sebelah kiri dinyalakan.

      Beyla memukul belakang Irfan dengan buku notanya. Jahat sangat! Melihat Irfan yang mengaduh kesakitan, Beyla tersengih dengan muka nakalnya. Qeisha yang duduk di sebelah Irfan pula yang rasa bersalah.

      “Sakit ke bang? Kau ni Beyla ada ke main pukul- pukul macam tu.”

      “Eleh…action je lebih dia ni. Nak ngorat kaulah ni Qeisha. Taktik lamalah ni Abang Irfan.” Beyla terkekeh- kekeh ketawa selepas meluahkan kata. Selamba saja.

      Qeisha tak senang duduk dibuatnya. Pandangannya dialihkan ke luar. Irfan juga begitu. Difokuskan pemanduannya. Penumpang lain di belakang pula bukan main lagi mentertawakan mereka terutama sekali Beyla dan Alya. ‘Jaga korang bila sampai rumah nanti!’


“MENYAMPAHNYA I dengan wartawan tadi tu. Ada ke patut tanya soalan pelik- pelik macam tu. Mesti baru kerja dia ni!”

      Nadia tiba- tiba membentak tetapi masih dengan gaya manjanya di hadapan Adam ketika mereka sedang menikmati ais krim di Baskin Robins.

      Sungguh dia merasa begitu marah dan tercabar dengan wartawan itu yang menyoalkan tentang kesetiaan Adam terhadapnya. Dalam fikirannya, apalah sangat yang ada dalam diri budak- budak dalam PGM itu jika mahu dibandingkan dengan tahap kejayaan yang dimilikinya. Baru mahu bertapak dalam industri ini tak payahlah berniat mahu memancing paus besar...pandang pun tak layak tahu!

      Nadia terus meneliti profil peserta- peserta PGM dihadapannya sambil terus menikmati ais krim di sebelahnya.

      “Alaaa…. You tak payah fikirkan sangat fasal tadi tu. Biasalah soalan- soalan macam tu. Lagipun you kenalah faham, I kan ramai peminat perempuan jadi tak mustahillah ada antara mereka tu yang minat I.”

      “Yalah…tapi tak payahlah nak tanya soalan macam I ni perempuan murah yang tak ada maknanya bagi you. Bencilah!” cebiknya lagi.

      “Honey…you tak perlu nak rasa macam tu. Sebab I akan sentiasa sayang you aje. Promise!” Adam mengangkat tangan berikrar. Ingatannya mula mengimbau kenangan yang menemukan dirinya dengan Nadia.

      “Hai…you Adam kan? wau.. I suka sangat dengar nyanyian you!” Nadia merapati Adam. Ketika itu Adam baru sahaja tiga bulan bergelar penyanyi setelah dirinya dilamar oleh sebuah syarikat rakaman yang berminat bekerjasama dengannya.

      “Terima kasih Cik Nadia.”

      “Eh tak payah bercik- cik dengan I. Panggil Nadia je.” Nadia melentok- lentok manja.

      Adam tersenyum. Bangga kerana seorang pelakon terkenal dan cantik seperti Nadia mengagumi bakatnya.

      “By the way.. ni kad I.. kalau ada masa, just give me a call.”

      Kad dihulurkan. Adam menyambutnya dengan senyuman kepuasan. Selepas pertemuan singkat itu, Adam mula menghubungi Nadia dan beberapa pertemuan juga diatur. Ketika itu dia mula hilang minatnya dengan Qeisha. Lalai dengan kemanjaan dan kemesraan Nadia ketika bersamanya.

      Sehinggalah dia tekad untuk memutuskan hubungannya dengan Qeisha apabila Nadia menerima cintanya. Tidak disedari betapa dia begitu kejam terhadap gadis itu. Gadis yang selama ini banyak memberikan sokongan kepadanya dalam mencapai cita- citanya kini. Qeisha tidak pernah merungut, tidak pernah meminta dan tidak pernah cemburu buta. Qeisha cukup sederhana.

      “Qeisha……”

      “Adam?” Sapaan Nadia mematikan lamunan Adam. Tiba- tiba terkenangkan Qeisha.

      “You cakap apa tadi?” soalnya pula.

      “Tak ada apa- apa. I baca menu kat atas tu tadi.. jumlah kita balik, I dah penat sangat ni.” Dalihnya segera mengubah topik.

      “Alaaa….awalnya you nak balik? Jum teman I pergi shopping dulu.”

      “Tapi I dah penat sangat ni Nadia. Lain kali ajelah kita shopping.”

      Nadia mula mencebikkan bibir tanda tidak puas hatinya kerana permintaannya tidak diendahkan. Pandangannya dilarikan dari muka Adam.

      Adam mengeluh. “Okaylah...” tangannya dihulurkan dan segera disambar Nadia. Senyumannya meleret- leret.

      ‘Qeisha tak pernah begini…………’ kata hatinya.


QEISHA tersentak. Seperti ada yang memanggilnya tadi. Kepalanya dipusingkan ke kiri dan kanan. Tiada sesiapa. Qeisha mengeluh. Dibawa dirinya keluar ke beranda menikmati udara malam. Susah pula mahu melelapkan mata.

      Qeisha berdiri sambil mendongak ke langit. Bintang- bintang bertaburan di langit menyerikan lagi bulan yang mengambang penuh. Udara segar malam itu begitu mendamaikan walaupun kadang- kadang angin yang menyapa terlalu dingin. Qeisha memeluk tubuhnya.
      
      Besok setelah hampir sebulan meninggalkan keluarga dan teman- teman, Qeisha berpeluang bertemu mereka semula walaupun dari jarak pentas dan penonton. Dia terlalu rindu pada Muiz, Darwin, Fiqa, dan Najwa. Keluarganya satu- satunya. Kalau sekarang Adam masih bersamanya, tentu rindunya juga akan terbit buat jejaka itu.
      
      Ahhhhhh!! Buat apa difikirkan lelaki sepertinya! Qeisha perlu menjalankan misi sebenar dia berada di sini. Rancangan yang telah dibina oleh Fiqa dan Najwa perlu direalisasikan kerana dia juga mahukan begitu!
 
      “Apa yang Fiqa dengan Kak Najwa dah rancang sebenarnya ni?” soal Qeisha sebelum bertolak ke Kem Templer Park tiga bulan lepas.

      “Qeisha….apa pun yang Kak Najwa dan Fiqa rancang, ni semua untuk kebaikan Qeisha dan Adam. Kak Najwa tahu yang Qeisha tetap tak akan terima Adam semula sebab itu janji dia dulu. Tapi sekurang- kurangnya kita boleh sedarkan Adam dari terus hanyut dengan dunia dia sendiri. Sedarkan dia Qeisha….sebab dia pernah jadi sahabat kita…dan pernah ada tempat di hati Qeisha…”

      Qeisha mengeluh. Kata- kata Najwa sekali lagi menerjah fikirannya.

      “Bantu Adam, Qeisha. Dan Kak Najwa harap Qeisha ikhlas lakukannya. Ingat Qeisha, sabar dan ikhlas itu mencerminkan Islam dan kemuliaan diri kita.”

      Qeisha termenung. Kata- kata Najwa berpusing- pusing dimindanya. Patutkah dia membantu Adam setelah apa yang dilakukan Adam ke atasnya??

Takkan pernah habis air mataku
Bila ku ingat tentang dirimu
Mungkin hanya kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri
 
Adakah disana kau rindu padaku
Meski kita kini ada di dunia berbeda
Bila masih mungkin waktu berputar
Kan kutunggu dirimu …


Biarlah ku simpan sampai nanti aku kan ada di sana
Tenanglah diriku dalam kedamaian
Ingatlah cintaku kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi …