"EINFACHEN ITU SEDERHANA"

by AeZaL NaSA


p/s : click di label (right side) utk baca setiap episod... since da terabur sket neh..huhu (>,^)

Thursday, January 27, 2011

EINFACHEN episod 13

QIMY masih tidak sedarkan diri. Sekujur tubuhnya terbaring longlai di katil ICU.

“Macam mana keadaan adik saya, doktor?” Airil terus meluru ke arah doktor yang merawat Qimy.

“Encik Qimy Aizril masih tak sedarkan diri buat masa ni. Luka di bahagian kepalanya dah dicuci dan dibalut. Laporan X-Ray dah dikeluarkan dan Alhamdulillah tiada tanda- tanda pendarahan atau kecederaan yang serius di bahagian kepala dan otak Encik Qimy. Pihak kami akan teruskan beberapa lagi rawatan susulan, dan jika ada apa- apa masalah Encik boleh bertanya saya atau nurse yang bertugas.”

“Thanks, doc”

Airil menghembus nafas lega. Najwa di sisi cuba menenangkan gejolak di jiwa pemuda itu. Tak dapat digambarkan perasaan Airil ketika mendapat panggilan dari pihak hospital mengkhabarkan kemalangan Qimy di Lebuhraya Persekutuan. Ketika itu Airil, Najwa, Muiz, Darwin dan Fiqa baru sahaja melangkah keluar dari dewan SACC setelah konsert kemunculan pertama PGM berakhir. Terus sahaja mereka menuju ke hospital itu.

Muiz, Darwin dan Fiqa yang menunggu di ruang legar hospital setia menanti sehinggalah kelibat Airil dan Najwa muncul.

“Doktor cakap tadi Qimy tak dapat kecederaan yang serius. Tak ada patah- patah. Cuma dia masih tak sedarkan diri lagi. Tapi setakat ni keadaan dia stabil..”

“Alhamdulillah….” Ucap syukur mereka bertiga hampir serentak.

“Saya rasa setakat ni tak ada apa- apa yang perlu dirisaukan. Jadi Abang Muiz bolehlah hantar Win, Najwa dengan Fiqa balik dulu. Saya stay kat sinilah malam ni. Parent saya pun dah dalam perjalanan ke sini.”

“Tak apalah, biar aku teman kau kat sini malam ni. Papa Muiz hantar Fiqa dan Najwa balik ya. Besok pagi Fiqa datang sini ambil Win okay?”

Fiqa mengangguk. Muiz dan Najwa turut sama mengangguk dan beransur pulang. Darwin dan Airil duduk di sofa yang disediakan khas di ruang legar hospital itu. Terdapat juga beberapa orang lain yang berada di situ. Ada yang berehat dan tak kurang juga yang melelapkan mata.

“Macam mana Qimy boleh accident tadi?”

“Entahlah, aku pun tak tahu. Tapi dengar kata tadi kereta dia tu 80% total lost!”

“Total lost? Haihh.. teruk jugalah dia accident.”

“Hmhm.. tapi yang peliknya, apa dia nak buat kat Shah Alam? Petang tadi aku ajak ke Shah Alam tak nak pula dia ikut. Ni mesti ada kene- mengena dengan ‘awek converse’ ni.”

“Awek converse?”

Airil mengangguk. Darwin masih tertanya- tanya. Blur..

******************************
WOOOOOOO!!! Assalamualaikum lone ranger team semua! May God bless you!”
Fitri yang lewat hampir 20 minit dari masa yang dijanjikan, masuk ke lecture theatre dengan selamba dan gaya tersendirinya. Rakan sekelasnya yang lain hanya mencebik dan meneruskan fokus mereka terhadap kerja- kerja memotong kain dan kertas, mengangkat barang- barang perhiasan, dan menyusun atur kedudukan kerusi.

Hari Ahad ternyata bukan hari untuk berehat- rehat dan bersenang- lenang untuk mereka minggu ini. Pada hari ini juga mereka perlu menyiapkan dekorasi penuh pentas dan dewan sempena Sambutan Hari Jururawat peringkat kolej mereka pada esok hari.

“Eh! Mr. Darwin mana?” soal Fitri.

“Hang ni lah! Dahlah mai lambat! Pastu dok tanya itu ini lagi. Nah ambik ni. Tiup semua belon- belon tu sampai kembong camni!”

Ika si komandor kelas mula membebel. Suaranya sahaja mampu memberi hayunan angin yang kuat dan mampu menghempas daun pintu untuk tertutup kemas! Pergghhhh! Hiperbola sungguh!

“Aku tanya ja ika… meh laa semua belon- belon ni aku tiup..” Fitri dengan ayat- ayat merajuknya mengambil sepeket belon untuk ditiup dan duduk di satu sudut dengan muka yang kesedihan itu!

Tawa mereka semua mula kedengaran. Dan dalam banyak- banyak, pastinya tawa si Rafishah atau Nora Danish ataupun kini yang lebih popular dengan panggilan Ixara yang paling over sekali kedengaran.

“Apalah hang ni Walid! Dak Ika baru gertak sikit hang dah kecut! Harapkan badan ja teguh dan memukau!”

“Diamlah Fisha! Dahlah makin gemuk sekarang ni!”

“Haaaaaa… part macam ni aku sensitif sikit. Ni aku ada pantun sikit untuk hang. Lemak- lemak si jantung pisang, lemak lagi jantung hatiku, walau lemak penuh di pinggang, apa hang ingat aku tak laku?”

Makin bergemalah jawabnya dewan itu dengan tawa dan jeritan daripada mereka semua. Sampai terduduk- duduk, dan terbaring lagi!

“Assalamualaikum semua! amboi bukan main kuat lagi kamu semua gelak ya? Apa yang kelakar sangat ni? Kalau dekan nampak tadi, habislah awak semua dapat ceramah free!”

“Tak ada apa- apalah Mr. D.. faham- faham sajalah kerenah si Rafisha ni!” Fitri masih tak puas hati!

“Apa pulak aku! Hang lah yang mula dulu tadi!”

“Sudahlah tu Nora Danish, Fitri. Sorry saya lewat ni. Semalam kawan saya masuk hospital, ni pun saya dari hospital. Dengan tak mandi selamba je datang sini! Dan..ni saya kenalkan, tunang saya, Fiqa.”

“Lawanya…. Hai Kak Fiqa. Saya Rafishah, tapi kalau nak senang boleh panggil Nora atau Ixara..”

Fiqa menyambut salam Rafishah dan pelajar- pelajar Darwin yang lain. Pertama kali dia bertemu mata dengan mereka ini. Sebelum ini hanya mendengar cerita dari Darwin sahaja mengenai mereka. Seronok pula melihat mereka bergurau- senda tadi. Seperti adik- beradik sahaja.

Fiqa sengaja menemani Darwin ke kolejnya selepas menjemputnya dari hospital pagi itu. Bosan pula jika tidak melakukan apa- apa aktiviti pada hari minggu itu. Najwa juga sudah seawal subuh lagi menuju ke hospital.

“Hmhm… ada apa- apa yang akak boleh tolong?”

“Tak apalah, kak. Duduk je kat sana tu dulu. Biar kami je buat semua ni.”

“Eh apa pulak duduk saja? Beri sini kertas tu sikit akak tolong potong huruf- huruf tu.”

“Bagi je semua kertas tu Aina suruh dia potong. Mana aci nak duduk- duduk kosong aje!” Darwin tiba- tiba mencelah perbualan Fiqa dan pelajarnya, Aina.

“Elehh.. senang ajelah kerja ni.. Win dok tunggu apa lagi? Pergilah beli makan- makan sikit. Kami semua dah lapaq ni!”

“Aisshhhh…awak semua ni dah bagi pengaruh yang kurang baik kepada tunang saya ni. Tiba- tiba pulak boleh tukar tune jadi orang utara jugak ni?”

“NO COMMENT, MR. D!!” jawab mereka semua serentak.
Darwin hanya menggeleng.